awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Lamag catat 44.50 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
PRK Kinabatangan: 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses pengundian PRK Kinabatangan, Lamag berjalan lancar setakat ini - Polis

Bernama
Bernama
24/01/2026
05:24 MYT
Proses pengundian PRK Kinabatangan, Lamag berjalan lancar setakat ini - Polis
Pemantauan berterusan di lapangan menunjukkan tahap keselamatan pada kesemua 36 pusat pengundian berada pada tahap yang baik. -Gambar fail/Bernama
KINABATANGAN: Perjalanan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berjalan lancar setakat 12 tengah hari ini, kata Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Ravi Duraisamy.
Beliau berkata menerusi pemantauan berterusan di lapangan yang dijalankan polis, menunjukkan tahap keselamatan pada kesemua 36 pusat pengundian berada pada tahap yang baik.
"Setakat ini, proses pengundian berjalan lancar ... tiada sebarang provokasi dikesan dan keadaan di Kinabatangan adalah tenang tanpa sebarang masalah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Parlimen Kinabatangan memiliki sebanyak 48,282 pengundi biasa yang layak mengundi pada hari ini, manakala DUN Lamag mempunyai 13,515 pengundi.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#Kinabatangan
#pilihan raya kecil
#Lamag
#proses pengundian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan