awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Bekalan ubat di HRPB tidak terputus sepenuhnya

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/08/2021
05:39 MYT
COVID-19: Bekalan ubat di HRPB tidak terputus sepenuhnya
Bekalan stok ubat-ubatan akibat penularan wabak COVID-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak terputus sepenuhnya, kata Pengarahnya, Dr. Abdul Malik Osman. - Gambar fail
IPOH: Bekalan stok ubat-ubatan akibat penularan wabak COVID-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak terputus sepenuhnya.
Sebaliknya, Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malik Osman berkata, bekalan diberikan secara berperingkat untuk memenuhi keperluan perolehan.
Menurut beliau, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengatasi masalah gangguan bekalan itu.
Dr Abdul Malik berkata, antara usaha itu ialah membuat perolehan darurat, bekerjasama dengan pembekal-pembekal kontrak untuk mencari sumber-sumber alternatif dan berbincang dengan Ketua Pakar Penyakit Berjangkit berhubung ubat-ubat alternatif lain yang dapat digunakan untuk memastikan kesinambungan rawatan kepada pesakit dapat diteruskan.
“Pihak hospital komited bagi memastikan situasi ini dipantau berterusan dan sebarang isu diselesaikan dengan sebaiknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas isu yang ditularkan berkaitan gangguan bekalan stok ubat akibat wabak COVID-19 yang telah disiarkan oleh sebuah portal media dalam talian pada 5 Ogos lalu di mana Memo Dalaman HRPB telah disebarkan.
Menurutnya, memo dalaman itu adalah berkaitan gangguan ubat-ubatan peringkat global untuk edaran dan makluman semua Ketua Jabatan HRPB Ipoh sahaja.
“Memo tersebut dikeluarkan sebagai persediaan awal serta disusuli tindakan yang terancang untuk mengatasi masalah gangguan bekalan ubat-ubatan tersebut bagi mengelakkan putusnya perawatan pesakit,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, permintaan penggunaan ubat yang tinggi untuk rawatan pesakit COVID-19 di seluruh dunia telah menyebabkan sebahagian besar ubat-ubatan untuk rawatan wabak itu meningkat secara mendadak dari Mei lalu iaitu dalam kadar enam hingga 11 bulan peningkatan kuantiti penggunaan daripada kebiasaan.
Topic Berkaitan
#bekalan ubat
#ubat-ubatan
#wabak COVID-19
#COVID-19
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#HRPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan