awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dakwaan keadaan HRPB di tahap membimbangkan palsu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/05/2021
20:40 MYT
COVID-19: Dakwaan keadaan HRPB di tahap membimbangkan palsu
Pengarah HRPB mengingatkan masyarakat supaya tidak menularkan sebarang berita dan maklumat tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan masyarakat. - Gambar fail BERNAMA
IPOH: Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menafikan dakwaan kononnya hospital itu kini berada di tahap membimbangkan berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang tidak terkawal.
Sebaliknya, Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman berkata, keadaan di hospital itu terkawal dan perkhidmatannya berjalan seperti biasa.
“HRPB ingin memaklumkan bahawa mesej berkenaan adalah palsu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak menularkan sebarang berita dan maklumat tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan masyarakat.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan penyebaran mesej di media sosial kononnya HRPB kini menempatkan lebih 20 pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 12 daripada mereka di tahap kritikal.
Selain itu, terdapat dakwaan kononnya lima unit wad yang ditukarkan kepada wad khusus menempatkan pesakit positif COVID-19 tahap 3 dan 4 susulan varian dari Afrika.
Abdul Malek menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengurangkan pergerakan ke tempat awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa.
Selain itu, katanya, pemakaian pelitup muka dan penggunaan cecair nyah kuman hendaklah sentiasa diamalkan setiap kali berurusan di tempat awam.
Topic Berkaitan
#HRPB
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#membimbangkan
#Tular
#viral
#palsu
#tidak benar
#COVID-19
#operasi
#pelitup muka
#PKP
#media sosial
#unit rawatan rapi
#ICU
#SOP
#perintah kawalan pergerakan
#Abdul Malek Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan