SITUASI COVID-19 di negara ini semakin meruncing dari hari ke hari .Beberapa masalah dan kekangan telah mengheret kita ke tahap yang semakin serius ini. Satu-satunya harapan kita untuk kembali kepada tahap wabak yang terkawal adalah melalui program vaksinasi yang cekap diurus yang akan mempercepatkan kadar pelaksanaannya. Namun kita menghadapi cabaran kerana bekalan vaksin yang diterima adalah di dalam jumlah yang agak kecil. Secara beransur-ansur, Malaysia akan menerima bekalan vaksin yang lebih banyak, dan akan dapat meningkatkan pemberian vaksin dengan lebih cepat berbanding sekarang.
Keraguan dan penolakan vaksin merupakan masalah utama yang berlaku di Malaysia, malahan ianya dianggap sebagai fenomena global. Malangnya semasa kes kita masih rendah, golongan anti vaksin ketika itu sangat lantang dan aktif menyebarkan berita palsu mengenai vaksin. Padahal di negara Barat yang menghadapi kemuncak jumlah kes lebih awal dari kita dan memulakan program pemberian vaksin berskala besar dengan cepat telah berjaya menurunkan jumlah kes dengan sangat pantas. Sedih sekali, platform media sosial, WhatsApp dan pelbagai lagi aplikasi pesanan mudah alih telah menjadi alat yang merbahaya kerana maklumat tanpa bukti dan pengesahan dikongsi dengan lebih mudah dan cepat. Perkongsian ini telah benar-benar membingungkan masyarakat kita termasuk golongan intelektual yang turut mula ragu-ragu. Tahukah anda d jangka bahawa sekitar 12 individu sahaja yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu di dunia?
Anda boleh membuat bacaan lanjut menerusi pautan https://www.npr.org/2021/05/13/996570855/disinformation-dozen-test-facebooks-twitters-ability-to-curb-vaccine-hoaxes
Vaksin sudah lama wujud. Dulunya, ibu-ibu di United Kingdom pernah menyembunyikan anak-anak mereka di cerobong asap ketika pekerja kesihatan melakukan proses vaksinasi penyakit cacar sejak tahun 1796. Dengan usaha pemberian vaksin yang berterusan, penyakit yang merbahaya itu berjaya dibasmikan pada tahun 1980.
Tiada siapa pun yang mempersoalkan keselamatan vaksin influenza dan vaksin meningokokus yang diambil oleh Jemaah haji dan umrah. Tahukah anda keberkesanannya jauh lebih rendah berbanding vaksin COVID-19 yang berada di pasaran sekarang? Tidak dinafikan bahawa vaksin COVID-19 ini masih baru, namun teknologi yang diguna bukanlah perkara yang baru dan tidak diketahui sebelum ini. Wabak ini telah mendorong para saintis sedunia bekerjasama dengan cara yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Lazimnya, vaksin yang melebihi 50 peratus keberkesanan mencapai kriteria WHO, dan buat masa ini semua vaksin yang kita guna di pasaran sekarang mengatasi tahap keberkesanan minima tersebut.
Kita mempertimbangkan tiga faktor ketika meluluskan vaksin.
Percayalah, kredibiliti NPRA Malaysia, satu-satunya agensi di dunia yang sangat tegas dalam penilaian telah memastikan ke tiga tiga faktor, iaitu keselamatan, kualiti dan keberkesanan mesti dipenuhi.
COVID-19 adalah penyakit yang kejam. Sebagai pengamal kesihatan, saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini sepanjang kerjaya saya dan rakan-rakan yang pakar dalam penyakit berjangkit menyatakan perkara yang sama. Setiap hari, kita semua mempelajari sesuatu yangbaru tentang penyakit dan wabak ini. Yang pasti COVID-19 menyerang pesakit dan merangsang sistem kekebalan atau imuniti, dan membawa kepada kepada masalah pembekuan darah, kerosakan tisu dankesukaran bernafas. Paling menyedihkan, ia memberi kesan yang amat buruk kepada golongan rentan termasuk kepada warga emas dan mempunyai penyakit-penyakit sampingan yang lain saperti obesiti,kencing manis dan darah tinggi.
Namun COVID-19 ini juga telah membunuh mereka dari golongan muda. Di Malaysia, sebilangan besar pesakit yang positif COVID-19 tanpa gejala adalah terdiri daripada golongan muda yang berumur antara 20 hingga 40 tahun. Mereka lebih kerap bergerak dalam komuniti dan berpotensi membawa penyakit ini kepada orang yang berisiko tinggi. COVID-19 memang merupakan penyakit yang kejam. Individu yang menjadi mangsa penyakit ini bukan hanya mengalami masalah sukar bernafas, malah bakal menghembuskan nafas terakhir bersendirian dan dikebumikan tanpa disertai orang yang disayangi. Apa jua kemungkinan kesan sampingan vaksin sebenarnya adalah jauh lebih rendah berbanding risiko komplikasi selepas dijangkiti wabak COVID-19.
Sebagai seorang pakar dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G), izinkan saya berkongsi perspektif wabak ini ke atas Wanita, terutamanya, mereka yang ingin hamil atau sudah hamil dan wanita yang sedang menyusukan bayi. Utamanya kita perlu tahu bahawa kehamilan adalah keadaan yang mengakibatkan sistem imuniti wanita tersebut kurang berdaya tahan berbanding ketika tidak hamil. Justeru, jika seorang wanita hamil diserang wabak COVID-19, biasanya kesannya lebih buruk kepada ibu dan bayi dalam kandungannya. Kesan buruk ini lebih mudah berlaku jika wanita yang hamil tersebut memiliki sejarah penyakit seperti diabetes, darah tinggi, obesiti dan lain-lain. Lebih menyukarkan lagi ialah terdapat ramai pekerja kesihatan barisan hadapan terdiri dari kaum wanita yang lebih rentan dan terdedah kepada penyakit ini.
Ketika vaksin pertama kali diperkenalkan di Amerika Syarikat, ramai pekerja kesihatan yang diberikan vaksin Pfizer tidak menyedari bahawa mereka sedang hamil, tetapi ada juga yang mengetahui dan pilih mengambil vaksin memandangkan risiko yang tinggi sebagai pekerja kesihatan. Para penyelidik telah memantau ribuan wanita ini sepanjang kehamilan mereka dan tidak ada sebarang kesulitan yang dilaporkan akibat permberian vaksin. Begitu juga dengan vaksin Astra Zeneca, dimana Royal College of Obstetricians and Gynecologists, tempat saya memperolehi sijil kepakaran, telah memberikan nasihat yang jelas bahawa pengambilan vaksin adalah penting apabila faedahnya melebihi risiko. Vaksin tidak menjejaskan kesuburan, tidak terbukti membahayakan bayi dalam kandungan dan juga selamat dalam penyusuan susu ibu; malah terdapat bukti kehadiran antibodi dalam susu ibu! Ini satu penemuan yang sangat baik!
Malaysia menyokong penggunaan vaksin Pfizer kepada wanita hamil untuk suntikan ketika usia kandungan antara 14 hingga 33 minggu. Justeru, vaksin Pfizer dikhaskan untuk ibu-ibu yang mengandung. Bagi wanita yang sedang menyusu, vaksin Pfizer dan AstraZeneca boleh diberikan kepada mereka. Terdapat lebih banyak kajian mengenai kesan vaksin Pfizer kerana lebih awal digunakan. Namun bagi ibu-ibu yang sedang menyusu, negara-negara seperti United Kingdom, Australia dan Kanada turut juga menyokong pemberian vaksin Astra Zeneca.
Berikut adalah antara rujukan berguna untuk pembacaan lanjut:
https://www.rcog.org.uk/en/guidelines-research-services/coronavirus-covid-19-pregnancy-and-womens-health/covid-19-vaccines-and-pregnancy/covid-19-vaccines-pregnancy-and-breastfeeding/
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/recommendations/pregnancy.html
https://www.acog.org/clinical/clinical-guidance/practice-advisory/articles/2020/12/vaccinating-pregnant-and-lactating-patients-against-covid-19
https://www.sogc.org/common/Uploaded%20 files/Latest%20 News/SOGC_Statement_COVID-19_Vaccination_in_Pregnancy.pdf
Akhir kata, sebagai umat Islam, kita mempunyai kewajipan untuk menegakkan Maqasid Syariah iaitu memelihara Agama, nyawa, akal,keturunan, dan harta benda. Dalam situasi wabak yang kian mengganas, di mana setiap individu perlu memainkan peranan penting melindungi sesama sendiri dan ummah, kita harus berusaha sedaya-upaya untuk mematuhi langkah-langkah keselamatan kesihatan awam yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Vaksinasi juga adalah salah satu kaedahnya .Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil vaksin. Ramaiumat Islam tidak menyedari akan perkara ini dan menafikan hak manusia lain. Kita perlu berusaha untuk mencapai sasaran vaksinasi 70 hingga 80 peratus penduduk kita untuk mencapai imuniti kelompok yang berkesan. Ini bermakna hampir kesemua orang dewasa berumur 18 tahun ke atas di negara ini perlu divaksinasi.
Kita sedang menghadapi krisis kesihatan yang dahsyat. Alhamdulillah kita juga mempunyai cara dan alat bagi mengatasi masalah ini. Marilah kita semua memainkan peranan masing-masing. Patuhilah langkah-langkah kesihatan awam dan pastikan kita mendorong dan mempengaruhi rakan-rakan dan masyarakat di sekeliling kita mendapatkan suntikan vaksin secepat mungkin.
*Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood adalah Penasihat Kesihatan Awam kepada YAB Perdana Menteri dan ahli Jawatankuasa Pengurusan MajlisKebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO).
**Terjemahan disediakan oleh Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM dan disemak oleh Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah.
***Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood
Mon May 31 2021
Dalam situasi wabak yang kian mengganas, setiap individu perlu memainkan peranan penting melindungi sesama sendiri dan ummah.- Gambar fail
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.