SHANGHAI: Pihak pengurusan taman tema Disneyland Shanghai mengambil keputusan memendekkan waktu operasi bermula Sabtu (29 Oktober) dalam mengekang kes penularan COVID-19 di negara itu.
Memetik laporan CNA, negara China mengenakan sekatan ketat dalam usaha membendung selepas kes COVID-19 mencatatkan peningkatan semula.
Dalam pada itu, pihak Disneyland mengesahkan premis masih beroperasi namun dengan pengurangan kakitangan buat sementara waktu yang bakal memberi kesan kepada sesetengah tarikan, restoran dan kedai tertentu.
Hotel Shanghai Disneyland, Disneytown dan Wishing Star Park akan beroperasi seperti biasa. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 200 juta orang di 28 bandar di seluruh China berdepan perintah berkurung, ujian calitan COVID-19 besar-besaran dan penutupan sektor ekonomi.
Kelmarin China mencatatkan 1,000 kes COVID-19 untuk hari ketiga berturut-turut, angka yang dianggap kecil berbanding standard negara lain.
Di Beijing, taman tema Universal Resort ditutup pada Rabu lalu selepas sekurang-kurangnya seorang pengunjung disahkan positif koronavirus.
Bandar Wuhan yang menjadi lokasi asal virus COVID-19, dikenakan perintah berkurung buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun sejak pandemik bermula selepas jangkitan koronavirus dikesan.
Faida Rahim
Sun Oct 30 2022
Pihak Disneyland mengesahkan premis masih beroperasi namun dengan pengurangan kakitangan buat sementara waktu yang bakal memberi kesan kepada sesetengah tarikan, restoran dan kedai tertentu. -Sumber/disneyparks.disney.go.com
10 Berita Pilihan - (23 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 24 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Isu sekolah daif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar.
Inflasi Singapura kekal stabil pada April 2024
Inflasi teras Singapura mencatatkan 3.1 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah daripada Mac.
APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
APMM Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
Kira-kira RM4 juta disalur kepada petani di Melaka tahun ini
Kira-kira RM4 juta disalurkan kepada petani di Melaka tahun ini menerusi penyerahan insentif pembangunan negeri dan Persekutuan kepada peserta yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian.
Pengunjung Disneyland berdepan detik cemas, pertunjukan Maleficent terbakar
Punca kejadian masih dalam siasatan dan semua pertunjukan yang melibatkan penggunaan api atau mercun ditangguh buat masa ini.
Disneyland Tokyo kembali 'bernafas'
Taman tema itu antara lain turut dihiasi tema Krismas sempena musim cuti yang bakal tiba itu.
COVID-19: Disney Resort Shanghai henti operasi
Semua pengunjung yang ada di premis tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu dan hanya dibenarkan beredar sekiranya keputusan negatif.
COVID-19: Disneyland Shanghai pendekkan waktu operasi
Pihak Disneyland mengesahkan premis masih beroperasi namun dengan pengurangan kakitangan buat sementara waktu.
Shanghai Disneyland kembali terima pelancong
Para pelancong yang mengunjungi taman tema itu masih perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 dan perlu memakai pelitup muka.
Disneyland California dijangka buka semula pada Julai
Taman tema yang berpusat di Anaheim, California itu terpaksa ditutup pada 14 Mac lalu sebagai langkah mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.
COVID-19: Disneyland Shanghai dibuka semula
Disneyland Shanghai dibuka semula setelah hampir tiga bulan ditutup, namun hanya kepada jumlah pengunjung yang terhad.
Koronavirus: Disneyland Shanghai ditutup bermula 25 Januari
Disneyland Shanghai sering menjadi kawasan tumpuan orang ramai terutama pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Disney dedah lagi tarikan yang akan wujud di 'Avengers Campus'
Taman tema bertemakan Marvel ini akan tiba di Disney California Adventure, Walt Disney Studios Park, dan Disneyland Paris seawal 2020 serta di Hong Kong Disneyland menjelang 2023.
Disney bakal buka taman tema berkonsepkan Marvel
Disney kini dalam perancangan untuk membuka taman berkonsepkan Marvel di Disneyland di Anaheim, California dengan nama "Marvel Land".