Kabinet puas hati penjelasan Menteri Pertahanan mengenai isu Angkatan Tentera Malaysia

Fahmi memberitahu, perkara yang dimaklumkan dalam mesyuarat Kabinet itu akan disusuli dengan tindakan lanjut. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri berpuas hati dengan penjelasan dan taklimat yang disampaikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, berkaitan beberapa isu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
- Jemaah Menteri berpuas hati dengan penjelasan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkaitan isu ATM dalam mesyuarat Kabinet.
- Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan diikuti dengan tindakan lanjut, kata Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil.
- ATM terlibat dalam pelbagai isu termasuk skandal perolehan, tahanan pegawai tinggi berhubung dakwaan rasuah, dan sindiket penyeludupan.
Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, perkara yang dimaklumkan dalam mesyuarat Kabinet itu akan disusuli dengan tindakan lanjut.
Media sebelum ini melaporkan ATM terpalit dengan beberapa isu termasuk bekas Panglima Tentera Darat disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan skandal perolehan dan tender ketenteraan.
Malah, pada Rabu, SPRM memaklumkan, seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan untuk siasatan lanjut membabitkan dakwaan rasuah.
Sebelum ini, melalui Op Sohor, SPRM turut mendedahkan sindiket penyeludupan dan aktiviti haram yang melibatkan beberapa pegawai ATM termasuk yang masih berkhidmat dan telah bersara.
ATM turut dihambat isu integriti dan aktiviti tidak bermoral dikenali sebagai budaya 'yeye' yang tular di media sosial.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


