KUALA LUMPUR: Dos penggalak mampu memberikan perlindungan 70 peratus daripada jangkitan varian Omicron berbanding mereka yang tidak menerima dos terbabit.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada pemantauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) di Malaysia, penurunan imuniti sebanyak 20 peratus berlaku kepada individu yang telah mengambil dos lengkap manakala bagi penerima vaksin Sinovac, berlaku penurunan imuniti sebanyak 40 peratus selepas tiga hingga lima bulan selepas menerima dos kedua.
Menurut beliau,penurunan imuniti atau waning immunity selepas penerimaan vaksin dalam tempoh masa tertentu adalah perkara yang lazim berlaku pada kebanyakan penerima vaksin termasuk penerima vaksin COVID-19
"Malah kajian dari negara Israel, United Kingdom dan Chile juga mendapati terdapat penurunan tahap neutralising antibody kepada virus COVID-19 selepas tiga hingga enam bulan menerima dos primer lengkap.
"Ini menyebabkan risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 meningkat terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, kata Dr Noor Hisham, dos penggalak atau booster dose COVID-19 perlu diberikan selepas beberapa tempoh tertentu untuk memastikan imuniti yang diperoleh kekal pada tahap yang optimum.
Menurutnya, sejak program pemberian dos penggalak pada 13 Oktober lalu dan sehingga 20 Januari lalu seramai 10,235,759 atau 43.7 peratus populasi Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas atau 44.7 peratus daripada penduduk dewasa yang lengkap dua dos sudah menerima dos penggalak.
"KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) juga ingin memberi jaminan sekali lagi bahawa bekalan vaksin di Malaysia adalah mencukupi dan KKM sedang mempertingkatkan pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pada awal bulan ini, negara United Kingdom berhadapan dengan peningkatan kes yang sangat tinggi sehingga 218,274 kes direkodkan sehari pada 4 Januari lalu, iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus dari 31 Disember 2021.
Peningkatan itu juga, katanya, secara tidak langsung menyebabkan peningkatan kemasukan ke wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital sehingga 3,700 kes sehari.
Menurut beliau, peningkatan kadar jangkitan di negara itu juga menyebabkan jangkitan yang ketara dalam kalangan petugas-petugas kesihatan sehingga mereka tidak dapat bertugas sama ada disebabkan oleh jangkitan atau perlu menjalani kuarantin.
"Ini menyebabkan sistem kesihatan di sebahagian negeri berada di dalam kritikal seperti perkhidmatan ambulans yang terjejas dan kekurangan petugas di wad dan ICU serta perlu memanggil semula pekerja yang bercuti atau berehat mahupun yang telah bersara untuk bertugas semula.
"Berdasarkan pengalaman di United Kingdom tersebut, anggota barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan di Malaysia amat digalakkan untuk mengambil dos penggalak bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka sehingga menyebabkan sistem kesihatan di negara terjejas," kata beliau lagi.
Umavathi Ramayah
Fri Jan 21 2022

Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, dos penggalak mampu memberikan perlindungan 70 peratus daripada jangkitan varian Omicron. - Gambar fail/AP

Sukan SEA Hanoi: Malaysia pertahan emas gimrama all-around berkumpulan
Skuad gimrama mempamerkan persembahan mantap yang memikat hati juri untuk menghimpunkan mata tertinggi 49.20 mata.
![AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967700/19650021631652960152944_640x360.jpg)
AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan: AWANI Borneo 19 Mei 2022 : - Sabah, Sarawak rekod peningkatan kes HFMD. - DUN Sarawak sebulat suara luluskan RUU Hutan 2022. - Sazzlan dan Taqiyuddin dedah rahsia tuai emas di Hanoi.

Dakwaan Konsulat Indonesia berhubung kapal dagang Malaysia-Indonesia dikawal oleh dasar kabotaj mengelirukan
Kenyataan kaunselor hal ehwal ekonomi bagi konsulat Indonesia di Sabah, Muhammad Muhsinin Dolisada, berhubung penggunaan kapal dagang kayu dan kecil di perairan Malaysia dan Indonesia dengan mengaitka

Sukan SEA 2021 | Sazzlan tidak pernah ponteng latihan
Latihan yang konsisten selain tidak ponteng jadual merupakan tip kejayaan Sazzlan Yuga bersama pasangannya Mohd Taqiyuddin Hamid untuk membawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam. Menerusi acara akhir Silat Ganda Putra (Seni) pada 11 Mei lalu, Sazzlan dan Taqiyuddin mengutip 9.950 mata mengatasi pencabar dari Singapura. Bagi Sazzlan yang merupakan anak jati Tawau, Sabah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang untuk beliau teruskan latihan.

Peranan Media | Bantu pelaksanaan polisi agenda pembangunan
Pembentukan dan pelaksanaan polisi serta agenda pembangunan rakyat di Sarawak turut bergantung kepada integriti pengamal media dalam melaporkan isu di peringkat akar umbi. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menafikan hak media dalam mengangkat isu rakyat sebagai penanda aras pengurusan yang baik daripada pihak pentadbir.

DUN Sarawak | Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63
Sarawak akan terus mengkaji keperluan membuat pindaan kepada Perlembagaan negeri dan Ordinannya bagi menjamin kepentingan negeri itu. Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyifatkan usaha itu bergerak kondusif di antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

DUN Sarawak | Dasar hutan perlu pelaksanaan berintegriti
Blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak turut memberi sokongan kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan 2022 dengan wawasan untuk memperkasa pemuliharaan dan pemeliharaan hutan negeri itu. Bagaimanapun, ADUN Padungan, Chong Chieng Jen dan ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh antara yang membahaskan RUU tersebut menuntut pelaksanaan dasar tersebut dibuat secara berintegriti.

DUN Sarawak | Sarawak di landasan tepat kuasai teknologi hijau
Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan 2022 berkata penguatkuasaannya akan merealisasikan agenda Sarawak untuk meningkatkan stok karbon dan penghasilan ekonomi hijau di peringkat global. Jelasnya, jumlah stok karbon sedia ada yang dikenal pasti, diukur, dan diiktiraf meletakkan Sarawak dalam kedudukan yang baik dalam kalangan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

DUN Sarawak | Pindaan RUU Hutan dilulus sebulat suara
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan pindaan Rang Undang Undang (RUU) Hutan 2022 untuk merangkumkan stok karbon dan gas rumah hijau sebagai hasil hutan negeri itu. Perkara itu diumumkan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar selepas menyaksikan sokongan sebulat suara anggotanya.

Nasional | PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan kerja dua hari ke Sabah. Ismail Sabri tiba dengan pesawat khas kira-kira jam 3.40 petang di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis. Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan serta beberapa pemimpin kerajaan negeri lain.

Hanya seorang daripada lima pesakit hipertensi berjaya kawal penyakit - Dr Noor Hisham
Hanya seorang daripada lima pesakit hipertensi berjaya mengawal penyakit itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes HFMD catat peningkatan 15 kali ganda - Dr Noor Hisham
Sehingga 14 Mei lalu, Selangor menyumbang jumlah kes terbesar berbanding negeri-negeri lain iaitu 8,864 kes (28 peratus).

Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba
Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, orang ramai dinasihat supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

COVID-19: Kes mingguan, kemasukan ke hospital meningkat
Kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 meningkat sebanyak 119.2 peratus (8,732 kes kepada 19,137 kes).

Kes HFMD di Negeri Sembilan meningkat 25 kali ganda
Kes HFMD di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan 25 kali ganda iaitu 1,446 kes sejak Januari lepas hingga kini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

KKM lulus pendaftaran bersyarat Evusheld, cegah jangkitan COVID-19
Ia digunakan berikutan pra-pendedahan COVID-19 kepada orang dewasa dan remaja dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan meningkat, tiada peningkatan kes mendadak - KP Kesihatan
Meskipun kadar kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini meningkat, namun, kebanyakan kes adalah kategori satu dan dua seperti dijangkakan.

Kes denggi, HFMD meningkat - Dr Noor Hisham
Kes denggi dalam negara dilaporkan meningkat daripada 967 kes pada Minggu Epid (ME) 16/2022 kepada 1,021 kes pada ME 17/2022, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan turun 15 peratus
Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 20 peratus dari ME pertama sehingga ME ke-17.

COVID: KKM jangka kes Kategori 1, 2 meningkat selepas Aidilfitri
Berdasarkan trend kes COVID-19 untuk tempoh dua bulan lepas, KKM mendapati 99.5 peratus kes adalah Kategori 1 dan 2.