awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua kru kabin warga asing antara tiga kes baharu di Thailand

Bernama
Bernama
26/09/2020
11:23 MYT
COVID-19: Dua kru kabin warga asing antara tiga kes baharu di Thailand
Thailand melaporkan tiga kes baharu jangkitan COVID-19 termasuk dua kru kabin warga asing, manakala sifar kematian bagi tempoh 24 jam lepas. - Gambar fail/REUTERS
Thailand melaporkan tiga kes baharu jangkitan COVID-19, termasuk dua kru kabin warga asing, manakala sifar kematian bagi tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlahnya kepada 3,522 kes dan 59 kematian.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dalam satu kenyataan memaklumkan dua kru kabin itu adalah seorang lelaki Jerman berusia 49 tahun yang tiba di Thailand pada 20 Sept dan lelaki Turki berusia 51 tahun, tiba di negara ini pada 21 Sept.
Kenyataan itu memberitahu kedua-dua mereka memasuki lokasi alternatif kuarantin (ASQ) sebaik tiba dan keluar dari Thailand pada 24 Sept.
"Ujian COVID-19 mendapati positif pada 24 Sept apabila kedua-dua mereka meninggalkan Thailand," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, seorang guru Albania berusia 51 tahun yang menjalani kuarantin wajib di ASQ di Bangkok diuji positif COVID-19.
CCSA memaklumkan sebanyak 109,652 orang - warga Thai dan asing - memasuki negara ini sejak 3 April hingga 25 Sept.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 584 orang diuji positif," menurut CCSA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#CCSA
#COVID-19
#kes baharu
#kru kabin
#Thailand
#Turki
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan