KUALA LUMPUR: Sarawak melaporkan empat kematian akibat COVID-19 menerusi dua kes di Sibu dan satu kes masing-masing di Bintulu dan Miri.
Pertambahan ini menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 di negeri itu meningkat kepada 73 kes.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kesemua kes kematian mempunyai ko-morbid darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang peringkat akhir dan dislipedimia.
“Kes kematian ke-70 merupakan kes 4,541 berusia 48 tahun dimasukkan Hospital Miri selepas mengalami simptom COVID-19 dan disahkan positif pada 1 Februari dan meninggal dunia pada 19 Februari 2021.
“Seterusnya kes kematian ke-71 merupakan kes 5,514 berusia 45 tahun dimasukkan ke Hospital Bintulu juga selepas mengalami simptom disahkan positif pada 6 Februari dan meninggal dunia pada 19 Februari 2021,” kata kenyataan itu.
Manakala kes kematian ke-72 dan 73 di Hospital Sibu pula melibatkan kes 5,911 dan 2,086 masing-masing berusia 58 dan 77 tahun.
Kes ke-72 disahkan positif pada 9 Februari dan meninggal dunia pada 19 Februari 2021 sementara kes ke-73 disahkan positif pada 16 Januari 2021 dan meninggal dunia pada 20 Februari 2021.
Selain itu, 134 kes positif terbaharu dilaporkan dan Sibu kekal menyumbang angka tertinggi dengan 53 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kepada 7,758.
Ia diikuti Bintulu (19), Kuching (15), Kapit (12), Samarahan (10), Song (8), Miri (empat), Bukit Mabong (tiga), Selangau, Sri Aman dan Sebauh (dua) serta satu kes di Bau, Julau, Meradong dan Belaga.
“24 kluster dilaporkan masih aktif dengan tujuh kluster mencatatkan pertambahan kes positif.
“Kluster Pasai di Sibu mencatatkan kes positif tertinggi dengan 20 kes baharu menjadikan jumlah kes kluster ini kepada 2,635 kes,” tambahnya.
Antara lain, daerah Sri Aman kini dikategorikan sebagai zon jingga selepas 22 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 lepas.
Manakala daerah Lundu kembali dikategorikan sebagai zon kuning selepas hanya melaporkan sembilan kes jangkitan tempatan dalam tempoh sama.
Syafik Shukri Jalil
Sat Feb 20 2021

Selain itu, 134 kes positif terbaharu dilaporkan dan Sibu kekal menyumbang angka tertinggi dengan 53 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kepada 7,758. FOTO: Astro AWANI

Guru agama ditahan buat hantaran ugut Perdana Menteri
Seorang guru agama di sebuah sekolah di Kulim ditahan polis, kerana dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kumpulan WhatsApp.
Niaga AWANI: Pemeteraian perjanjian antara pengendali rangkaian dengan DNB
Kita bersama Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, penganalisis keselamatan dan politik, pusat pengajian perang saraf media dan informasi UiTM bagi perincian.
Tahap penerimagunaan 5G capai 10.3 peratus setakat hujung Oktober
KKD akan terus memantau pelaksanaan rangkaian 5G supaya tidak akan masalah yang berbangkit.
Pantau Agenda Reformasi: Sejauh mana kesedaran mengenai AIDS di Malaysia?
Exco Majlis AIDS Malaysia, Dr Dinesh Mahalingam membincangkan mengenai stigma pesakit AIDS di Malaysia dan sejauh mana kesedaran mengenai AIDS di negara ini.
KKD pastikan tiada gangguan perkhidmatan kepada pengguna 5G sedia ada
Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) bersetuju caj harga borong bagi rangkaian 5G tidak akan bertambah dengan adanya rangkaian kedua.

Israel kembali serang Gaza, orang awam antara yang cedera
Sejumlah penduduk awam Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera pada pagi Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
Hanya Kelantan masih terjejas banjir
Hanya Kelantan masih terjejas banjir sehingga jam 7 pagi Jumaat dengan seramai 795 mangsa ditempatkan di 4 PPS yang masih aktif. 2 PPS terakhir di Terengganu ditutup pada Khamis malam.
[TERKINI] Sesi pengumuman khas 5G
Ikuti sesi pengumuman khas 5G oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang diadakan di Tun Razak Exchange, TRX, Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Kes SRC: Najib mohon lepas tanpa bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari
Kelonggaran kemasukan ke Sarawak dilihat memudahkan urusan anak-anak Sarawak untuk pulang mengundi jika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik
JPBN Sarawak bersetuju membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi berkuatkuasa mulai 10 Oktober jam 12.01 pagi.

COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak kekal merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 1,503 kes dicatatkan pada Rabu.

COVID-19: 2,121 kes positif di Sarawak, 99.39 kes kategori 1 dan 2
Sarawak kekal merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi dalam negara dengan 2,121 kes dilaporkan hari ini.

1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak
Peralatan perubatan yang diterima itu merupakan persediaan Sarawak untuk peningkatan kapasiti hospital dan mendepani penularan varian Delta.

COVID-19: 2,943 kes positif di Sarawak, sembilan kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak sekali lagi melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 2,943 kes pada Ahad.

Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy
Projek pembinaan semula Hospital Petra Jaya yang terbengkalai selama tiga tahun kini disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.

KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman sekali gus menampung keperluan fasiliti perubatan yang dihadapi Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.

COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2
Sarawak sekali lagi merekodkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dengan 2,712 kes dilaporkan pada Sabtu.

Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah
Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino di Sarawak sudah bersedia untuk digunakan di kawasan luar bandar.