JANGKITAN baharu COVID-19 dalam negara pada Isnin mencatatkan peningkatan kepada 1,552 kes, berbanding 1,186 kes hari sebelumnya.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, sebanyak enam kes kematian dicatat semalam, di mana tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought-in-dead (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 23,883 dengan 22,741 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,096 kes dirawat di hospital dengan 26 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 1,684 kes sembuh.