MALAYSIA
COVID-19: Enam lagi kluster baharu dikesan
PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti enam lagi kluster baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster baharu.
1. KLUSTER BOT BIRU
- Kluster ini melibatkan daerah Tawau, Sabah.
- Kes dilaporkan positif pada 15 November hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 23 individu disaring dan 17 kes lagi dikesan positif.
2. KLUSTER BLOK 31
- Kluster ini melibatkan daerah Tawau, Sabah.
- Kes dilaporkan positif pada 21 November hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 26 individu telah disaring dan 13 kes lagi dikesan positif.
3. KLUSTER GEMILANG
- Kluster ini melibatkan syarikat logistik di Johor.
- Kes dilaporkan positif pada 24 November melibatkan kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).
- Seramai 95 individu telah disaring dan 26 kes lagi dikesan positif COVID-19.
4. KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI UDANG
- Kluster ini melibatkan pekerja tapak binaan di Kepong, Kuala Lumpur.
- Kes dilaporkan positif pada 22 November hasil saringan tempat kerja.
- 196 individu telah disaring dan 11 kes lagi dikesan positif.
5. KLUSTER CHENGAL
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang, Kelantan.
- Kes dilaporkan positif pada 21 November hasil melibatkan kes SARI.
- Seramai 254 individu disaring, 15 kes lagi dikesan positif.
6. KLUSTER DAMAR LAUT
- Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang serta daerah Padang Terap di Negeri Kedah.
- Lima kes pertama dilaporkan positif antara 21 hingga 25 November hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 651 individu disaring, 13 kes lagi dikesan positif.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami