KOTA KINABALU: Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 mendorong beberapa malim gunung mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai alternatif bagi menjana pendapatan.
Abdul Hasnin Kasim, 49, dari Kundasang berkata beliau menanam sayur-sayuran tanah tinggi seperti brokoli dan kubis bunga di tanah seluas 0.5 hektar sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lepas.
Beliau berkata walaupun pendapatan menjual sayur-sayuran tidak konsisten pada setiap bulan, sekurang-kurangnya ia dapat membantu meneruskan kelangsungan hidup sementara aktiviti pendakian dibenar beroperasi kembali.
"Saya menjual hasil tanaman sayur-sayuran di pekan Kundasang. Pendapatan sebulan sekitar RM400 hingga RM500 sahaja. Memang agak kecil, tetapi saya bersyukur masih ada rezeki untuk meneruskan hidup," katanya kepada Bernama di sini.
Abdul Hasnin yang menjadi malim gunung hampir 16 tahun berkata beliau sangat merindui suasana bertugas membawa pelancong mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu dan tidak sabar-sabar untuk memulakan pendakian apabila aktiviti itu dibuka kelak.
Seorang lagi malim gunung Japarin Ginsos, 43, berkata beliau memanfaatkan masa sepanjang PKP dengan menanam nanas dan hasilnya dijual di sekitar Kota Belud, Ranau serta Kota Kinabalu pada harga RM1.80 hingga RM2 sekilogram.
Japarin yang berasal dari Kota Belud memulakan projek menanam nanas sejak PKP pertama dan dalam tempoh setahun, beliau sudah boleh menuai hasil tanaman yang dapat menampung keperluan keluarga.
"Sekali menuai boleh dapat sehingga 200 kilogram nanas dengan anggaran pendapatan kira-kira RM500 sebulan. Agak memberangsangkan tetapi masih memerlukan lagi usaha untuk memastikan hasil tanaman nanas lebih berkualiti," kata bapa kepada tiga anak itu.
Inisiatif sama turut dilakukan seorang malim gunung wanita Suzana Bulangai, 48, yang menanam dan menjual nanas di Kota Belud bagi menjana pendapatan.
Beliau yang menjadi malim gunung sejak 2018 berharap program vaksinasi di Sabah berjalan lancar bagi membolehkan sasaran imuniti kelompok tercapai supaya aktiviti pelancongan dapat beroperasi semula.
Sejak negara dilanda wabak COVID-19, Gunung Kinabalu ditutup beberapa kali kepada pendaki dengan terbaharu pada 1 Jun lepas sehingga kini.
Bernama
Mon Jul 12 2021
Sejak negara dilanda COVID-19, Gunung Kinabalu ditutup beberapa kali kepada pendaki menyebabkan malim gunung terpaksa mencari sumber pendapatan lain. - Gambar/ Bernama
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Kartina terbit dua aplikasi mudah alih pada ketinggian 4,095 meter
Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah dan Kalendar Perayaan dan Festival Sabah telah berjaya diterbitkan ke Google Play Store dan Apple App Store.
Ibu hidap penyakit jantung galas anak kecil tawan Gunung Kinabalu
Penghidap penyakit jantung Amanda Omeychua tidak menjadikan penyakitnya itu sebagai penghalang untuk menggalas anak lelakinya yang berusia dua tahun enam bulan, menawan Gunung Kinabalu.
Pendaki Amerika Syarikat cedera tergelincir di Gunung Kinabalu
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) cedera bahagian pinggang selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu dalam kejadian di Kilometer 6.7, di sini pada Khamis.
Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan
Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh MOSAR dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.
Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.
Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu
Runtuhan kecil yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan warna air berubah menjadi keruh di sungai tersebut.
Tanah runtuh di Gunung Kinabalu
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
Pendaki maut 200 meter dari puncak Gunung Kinabalu
Lelaki tersebut melakukan ekspedisi itu bersama isterinya termasuk sembilan lagi pendaki dan tiga malim gunung dalam kumpulan mereka.
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.
Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia
Gunung Sinsing di daerah Tambunan berketinggian 2,586 meter daripada aras laut diisytihar sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia.