IPOH: Selain membantu golongan yang memerlukan ketika ini secara berterusan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut menumpukan rakyat dalam kalangan miskin bandar mengejut.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, usaha itu penting dalam memastikan kelangsungan hidup golongan yang dahulunya mempunyai pendapatan tetap, tetapi kini hilang semuanya secara tiba-tiba.
"Selain daripada miskin bandar ada istilah baharu yang saya baru dapat iaitu miskin bandar yang mengejut.
"Fokus kita sekarang ini ialah akan lebih banyak fokus kepada golongan miskin bandar mengejut. Bermaksud dulu dia ada kerja atau punca pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.
"Tetapi sekarang bila sudah dibuang kerja atau tidak dibenarkan berniaga sudah tiada pendapatan. Pinjaman kereta, sewa rumah ada tetapi dia tak boleh nak tampung (perbelanjaan), golongan ini yang kita fokus dulu," katanya.
Jelasnya lagi, difahamkan golongan berkenaan semakin meningkat susulan situasi semasa dan jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan masalah lebih parah.
"Jumlah ini sudah meningkat (miskin bandar mengejut) sekarang ini kita bukan lagi bercakap tentang B40 tetapi B60, maknanya sudah sampai tahap 60 peratus.
"Kita tidak mahu dengar orang yang terputus bekalan makanan dan kita cuba juga bantuan lain. Ada juga kes yang mereka kena keluar rumah sebab tak mampu bayar sewa, kita tak mahu ada peningkatan pula daripada sudut gelandangan di bandar raya ini," ujarnya lagi.
Rumaizi berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan agihan sumbangan keperluan asas kepada 125 peniaga gerbang malam dan 30 pengamal media Perak yang terkesan akibat COVID-19, di sini pada Selasa.
Yang turut hadir wakil Boba Tea Sdn Bhd (Daboba) dan Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, Rosli Mansor.
Terdahulu pada majlis itu, Daboba, MBI dan Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak bekerjasama untuk menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada 125 peniaga gerbang malam yang tidak dapat beroperasi.
Selain itu turut disampaikan kepada 30 orang pengamal media sambilan yang terjejas sepanjang tempoh pandemik.
Boba Tea Sdn Bhd dalam kenyatann berkata pihaknya turut serta dalam kempen bendera putih dengan menyediakan 1,000 pek beras sehari untuk diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik.
Mereka yang memerlukan bantuan boleh berbuat demikian di laman Facebook Daboba Malaysia.
Aida Aziz
Tue Jul 06 2021
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin (barisan belakang, tengah) bersama penerima sumbangan keperluan asas di Ipoh pada Selasa. Gambar Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
COVID-19: Fokus golongan miskin bandar mengejut - Datuk Bandar Ipoh
Miskin bandar mengejut bermaksud sebelum ini ada kerja atau punca pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, namun, kini semuanya lenyap apabila dibuang kerja atau tidak boleh berniaga.