KUALA LUMPUR: Impak pandemik COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia dan juga kekangan aliran kewangan dihadapi kebanyakan majikan, menyebabkan graduan baharu akan menerima gaji permulaan yang lebih rendah pada 2020, berbanding tahun lepas.
Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain J.P berkata, kebanyakan majikan kini mengalami kekangan aliran wang tunai, selain terdapat lebih 32,000 syarikat telah ditutup tahun lepas akibat pandemik itu.
Beliau berkata, pada masa ini sesetengah majikan masih lagi mengecilkan operasi dan melaksanakan tugasan pelbagai skill dan pelbagai tugasan di tempat kerja, untuk terus beroperasi.
"Ramai pekerja yang alami pemotongan gaji dan pengurangan faedah, manakala banyak majikan bergantung kepada subsidi diberikan kerajaan menerusi inisiatif PRIHATIN, PENJANA dan PEMERKASA, bagi mengelakkan terus membuang pekerja akibat COVID-19.
"Majikan juga melihat kepada pengambilan pekerja tempoh singkat, gaji mengikut jam dan meletakkan mereka kepada aktiviti lain, dalam usaha memastikan mereka kekal beroperasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Oleh sebab itu beliau berkata, mempunyai pekerjaan walaupun dengan gaji permulaan yang lebih rendah adalah satu yang baik pada masa kini, dan ia bukanlah satu perkara yang mengejutkan untuk graduan menerima gaji permulaan lebih rendah, kerana ia ditentukan oleh pasaran.
Syed Hussain mengulas berkaitan laporan Jabatan Statistik baru-baru ini yang menyatakan graduan baharu mencatatkan pengurangan gaji bulanan, di mana majoriti menerima pendapatan antara RM1,001 dan RM1,500 pada 2020 berbanding RM2,001-RM2,500 pada 2019.
Bagaimanapun beliau berkata, situasi ini adalah sementara dan oleh kerana situasi ekonomi semasa dan pandemik dan juga Program Imunisasi Kebangsaan, jangkaaan untuk 2021 dan seterusnya akan menjadi lebih baik, dengan syarikat telah dibenarkan untuk beroperasi pada kapasiti penuh selain pembukaan sempadan.
"Kami percaya, keadaan akan kembali normal tidak lama lagi. Para graduan tidak perlu risau mengenai gaji permulaan yang rendah pada masa ini, kerana sektor swasta amat menghargai prestasi dan sebaik pekerja mula memberikan sumbangan dan menunjukkan prestasi, mereka akan diberikan ganjaran setimpal.
"Pengalaman kerja juga akan membuatkan graduan lebih mudah dipasarkan dan lebih mudah mendapatkan pekerjaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Datuk Syed Hussain berkata, mempunyai pekerjaan walaupun dengan gaji permulaan yang lebih rendah adalah satu yang baik pada masa kini. - Gambar hiasan
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.