awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hanya 1.8 peratus kes daripada kategori 3, 4 dan 5 - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2021
12:08 MYT
COVID-19: Hanya 1.8 peratus kes daripada kategori 3, 4 dan 5 - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham menjelaskan, sebanyak 15,478 kes (98.2 peratus) dari jumlah jangkitan adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 286 kes (1.8 peratus) daripada 15,764 kes harian yang dilaporkan hari ini adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, sebanyak 15,478 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
"Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
"Secara keseluruhan, 3,525 kes (22.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19 (sekurang-kurangnya telah menerima 1 dos)," jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu katanya, 219 kes kematian pada hari ini adalah tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
"Dari jumlah itu, 105 daripada 219 kes melibatkan kes di Selangor, 41 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 24 kes di Johor, sembilan kes di Melaka dan lapan kes di Pahang.
"Sementara tujuh lagi kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam kes di Kedah dan Perak, masing-masing empat kes di Kelantan dan Terengganu, tiga kes di Sabah, serta masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#pandemik
#kematian
#ICU
#Sembuh
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan