KOTA BHARU:Lebih 400 peniaga terutama yang menjual pakaian di Pasar Siti Khadijah di sini merayu kerajaan negeri supaya mempertimbangkan pengecualian bayaran sewa kedai bagi meringankan bebanan mereka susulan terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.
Bukan hanya berdepan risiko hutang sewa kedai, malah ada di antara mereka yang terpaksa menanggung hutang dengan pembekal barangan terutama melibatkan peniaga pakaian di tingkat dua pasar tersebut.
Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Pasar Siti Khadijah, Ahmad Nazri Che Omar berkata, lebih 200 peniaga pakaian di tingkat dua pasar itu terpaksa mengikat perut memandangkan mereka hilang punca pendapatan sejak setahun yang lalu.
"Rata-rata kami ini semuanya bergantung harap pada jualan di pasar. Kami tiada kerja lain. Bila kedai tutup, kami tidak mampu untuk bayar sewa.
"Kami berharap pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dapat pertimbangkan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan.
"Paling kurang berilah kami potongan diskaun untuk sewa bulanan selama enam bulan.
"Kami boleh diibaratkan 'bernafas dalam lumpur', terpaksa juga hadapi demi keselamatan semua pihak.
"Kami patuh pada arahan kerajaan tapi pada masa sama kerajaan pandanglah masalah kami ini," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di tingkat dua Pasar Siti Khadijah pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ahmad Nazri berkata, 200 peniaga lain yang berada di tingkat satu juga berdepan situasi getir apabila mereka juga hilang hampir 95 peratus pelanggan walaupun dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Sementara itu, peniaga pakaian, Fatin Syahirah Yusri, 24 tahun berkongsi, sejak penularan pandemik COVID-19, dia dan ibu bapanya tidak lagi rancak berniaga seperti dulu.
Katanya, sebelum ini, mereka bergantung sepenuhnya kepada kedatangan pelancong dari luar negeri termasuk beberapa pelanggan tetap yang sentiasa memberi sokongan.
Bagaimanapun, sejak setahun yang lalu, perniagaan yang dijalankan kedua ibu bapanya sejak 20 tahun lalu itu bagaikan hilang seri dan tidak lagi mampu untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
"Saya cuba juga jual secara dalam talian, namun saya akui pasaran agak mencabar dan banyak saingan yang ada.
"Kebanyakan pelanggan pun lebih suka beli dan tengok secara berdepan terutama pakaian yang kami jual.
"Kami pun berdepan lambakan apabila barangan tidak dapat dijual sebab pakaian ada trend tersendiri mengikut peredaran masa," katanya.
Sinar Harian
Tue Jan 26 2021

Lebih 400 peniaga di Pasar Siti Khadijah merayu kerajaan negeri mempertimbangkan pengecualian bayaran sewa kedai bagi meringankan bebanan mereka susulan terjejas akibat penularan pandemik COVID-19. -Gambar hiasan/Sinar Harian

SPRM mohon Natrah Ismail beri bukti mengenai cubaan sogok Ahli Parlimen lompat parti
Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, mengenai kewajiban melapor transaksi penyogokan

Politik | PAS bukan 'orang tengah' antara UMNO dan Bersatu
Biarpun begitu, penyatuan parti Melayu Islam antara UMNO, Bersatu dan PAS, masih mempunyai masa dan ruang untuk diperkemas atau ditambah baik menjelang Pilihan Raya Umum ke 15. Namun, PAS ketika ini dilihat selesa dengan kedudukan mereka dalam kabinet kerajaan dan ini menjadikan dinamika hubungannya dengan UMNO serta bersatu sedikit berbeza.

P. Pinang nafi cadangan jual vaksin melalui hospital swasta beri keutamaan kepada VIP
Cadangan supaya hospital swasta di Pulau Pinang dibenarkan membeli vaksin COVID-19 berbayar adalah bagi membolehkan vaksin percuma diberikan kepada petugas barisan hadapan.

Pemuda 21 tahun menang cabutan istimewa BSN SSP bernilai RM1 juta
Pemuda dari Kelantan menang cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium yang membawa pulang RM1 juta.

Hubungan Pas, UMNO dan Bersatu ibarat 'bermadu' - SU Pas Perak
Apabila berbincang dengan Bersatu, Pas tidak burukkan UMNO. Begitu juga apabila berbincang dengan UMNO, Pas tidak memburukkan Bersatu.

AWANI Ringkas: Azmin dilantik TPM maklumat palsu | SPRM nafi jadi senjata politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

Lebih 50 tapak geologi dikaji untuk penentuan status Geopark Lembah Lenggong
Kajian sedang dilakukan sebelum pengiktirafan diberi kepada Geopark Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak.

Pelajar zahir keterujaan, gembira dapat kembali ke kampus
Rata-rata pelajar yang mula hadir ke kampus menzahirkan rasa teruja dan gembira untuk menerusi sesi PdP di kampus.

COVID-19 | Program Vaksinasi Kebangsaan Miri bermula hari ini
Program Vaksinasi Kebangsaan Bahagian Miri akan bermula hari ini di enam pusat pemberian vaksin (PPV) yang telah ditetapkan. Pada Khamis sebanyak 11,700 dos tiba di Miri bagi tujuan vaksinasi melibatkan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas barisan hadapan yang lain.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Rakyat jelata di Pulau Pinang mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong agar terus menaungi masyarakat majmuk di negara ini dengan penuh iltizam, adil dan saksama. Selain itu mereka juga menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai pemimpin negara yang sangat disayangi rakyat Malaysia dan berharap negara sentiasa aman damai di bawah naungan Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

Rakyat tidak boleh naif realiti sejarah negara - PAMJ
Rakyat tidak boleh lagi terkongkong dan masih bersifat naif terhadap realiti sejarah negara yang kini boleh diperoleh dan berada di hujung jari, kata Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee.

INSKEN perkenal lima industri baharu pada 2021
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) akan menawarkan lima industri baru melalui program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) pada 2021.

81 peratus rakyat Malaysia bimbang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 - Kajian
Kajian Pusat Penyelidikan EMIR Research mendapati 81 peratus daripada responden menunjukkan kebimbangan kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

UDA serah 300 buah rumah kepada penduduk Tanjung Tokong - Wan Junaidi
Lebih 300 penduduk penempatan semula Tanjung Tokong Fasa 4A, Pulau Pinang akan berpindah ke rumah baru mereka yang diberikan percuma oleh UDA di bawah MEDAC.

Kesan PKP 2.0: Banyak perniagaan akan ditutup - Industries Unite
Menurut kenyataan dikeluarkan gabungan hampir 40 persatuan pedagang, perniagaan dan profesional, Industries Unite, beribu-ribu perniagaan telah gulung tikar sejak PKP 2.0 dilaksanakan.

Penyenggaraan jalan persekutuan libatkan 60 peratus kontraktor Bumiputera
Pemberian kontrak kepada mana-mana syarikat konsesi bagi penyenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara perlu melibatkan 60 peratus penyertaan kontraktor Bumiputera.

Lulus projek kepada syarikat konsesi akan hapuskan kontraktor kecil Bumiputera
Azman berkata, peluang pekerjaan bagi kontraktor kelas G1-G4 diseluruh negara amat memberi kesan ketika musim pandemik ini.

Kesan pandemik COVID-19 antara isu dalam mesyuarat pertama MKB - PM
Kesan besar COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat MKB.

TPB2030 diperkenal, perkasa pembangunan sosioekonomi Bumiputera - Mohd Redzuan
Mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin hari ini memperkenalkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB 2030) pada Selasa.

60 peratus pemegang AP import daging dimiliki syarikat bumiputera - Kiandee
Antara pemegang AP daging syarikat bumiputera ialah Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Darabif Meat Company yang berkeupayaan mengimport daging dalam jumlah besar.