KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menekankan ujian ulangan tidak perlu bagi individu positif COVID-19 yang selesai menjalani kuarantin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ujian yang sangat sensitif seperti Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik virus pada sampel saluran pernafasan sehingga dua hingga tiga bulan setelah dijangkiti.
"Misalnya dalam tempoh viral shedding. Namun, virus tersebut sudah tidak dapat membiak dan individu tersebut tidak mungkin boleh menyebarkan jangkitan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga memaklumkan ujian COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) (kendiri dan profesional) boleh mengesan jangkitan wabak itu pada hari ketiga hingga ketujuh selepas terdedah kepada pesakit COVID-19.
Selain itu, ujian RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari kedua hingga ke-14 selepas dijangkiti, justeru, ketepatan kedua-dua jenis ujian itu bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil.
"Penggunaan RTK-Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala.
"RTK-Ag membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan COVID-19 kerana kaedah ini adalah ringkas, mudah, murah, dan boleh dilakukan di lapangan dan proses pengujian adalah pantas dan keputusan ujian boleh diperoleh dalam masa 20 hingga 30 minit," katanya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan pesakit yang dikesan positif RTK-Ag kendiri perlu melaporkan keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera, mengemas kini status kesihatan (Home Assessment Tool) dan perlu menjalani isolasi seperti yang ditetapkan KKM.
Katanya bagi ujian RT-PCR dan RTK-Ag profesional pula, pihak makmal atau pengamal perubatan yang menjalankan ujian tersebut perlu melaporkannya segera kepada KKM melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).
"KKM menyarankan semua ujian RTK-Ag kendiri atau professional ataupun RT-PCR yang dijalankan perlu dilaporkan kepada KKM melalui MySejahtera atau SIMKA, tidak kira sama ada keputusannya adalah positif atau negatif, bagi membantu KKM mendapatkan gambaran lebih jelas kadar jangkitan yang berlaku dalam komuniti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ujian yang sangat sensitif seperti RT-PCR masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik virus pada sampel saluran pernafasan sehingga dua hingga tiga bulan setelah dijangkiti. - Gambar fail/BERNAMA
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.