Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengumumkan penggunaan internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi melalui pakej khas bernilai RM600 juta.
Selain itu, beliau berkata, sebanyak RM400 juta lagi akan diperuntukkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.
Perdana Menteri berkata pakej khas itu merupakan sebahagian daripada inisiatif yang ditawarkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) bagi membantu rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Khas (PKP).
Selain itu, Muhyiddin berkata, kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat antara 15 peratus hingga 50 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.
Ia sebagai tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi yang lepas, di mana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15 peratus ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan dua peratus bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia bermula 1 April 2020.
“Diskaun 50 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt. Diskaun ini akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan bermula bil bulan April 2020.
“Sementara itu, diskaun sebanyak dua peratus seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah,” katanya lagi
Firdaus Azil
Fri Mar 27 2020
IA merupakan inisiatif yang ditawarkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) bagi membantu rakyat sepanjang tempoh PKP.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.
Polis kesan taktik penipuan tawar diskaun bil elektrik di Facebook
Polis sedang mengesan satu sindiket menawarkan diskaun pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertunggak yang setakat ini telah mengakibatkan kerugian hampir RM280,000.
Tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua pengguna sehingga hujung tahun - Petra
Kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.
B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik
Pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.
Teknologi solar: Perlu kerjasama perbankan dan industri mudahkan rakyat guna solar
Pihak perbankan dan pemain industri solar dicadangkan menjalinkan kerjasama bagi memudahkan rakyat mendapatkan teknologi solar di negara ini.
Cuaca panas, bil elektrik naik berganda
Bil elektrik meningkat kerana penggunaan kipas dan penyaman udara yang lebih kerap berbanding sebelum ini bagi meredakan bahang panas.
Kerajaan komited laksanakan subsidi secara bersasar - Kementerian Kewangan
Kerajaan komited dalam melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan, menurut Kementerian Kewangan.
Curi identiti: TNB cari penyelesaian terbaik, kes sudah difailkan di mahkamah
Kes berkenaan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, yang menetapkan 26 Julai 2022 sebagai tarikh pengurusan kes.