KUALA LUMPUR : Kes harian COVID-19 di Malaysia kembali mencatat peningkatan selepas 32,467 kes baharu dilaporkan pada 3 Mac.

Daripada jumlah itu, 32,236 kes adalah dalam kategori 1 dan 2, sementara bakinya, 231 kes atau 0.71 peratus, merupakan pesakit kategori 3, 4 dan 5. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 32,054 kes melibatkan jangkitan tempatan manakala 413 kes import.

Sebanyak 355 individu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan  208 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 27,629.

Semalam juga, 11 lagi kluster baharu direkodkan, dengan 466 kluster masih aktif.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 1.01, dengan Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.43.

Ia diikuti Perak dengan R0 1.29 dan Terengganu R0 1.19.