KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata jangkitan lebih cepat dalam kontak rapat yang terdedah kepada kes positif COVID-19 di Sabah dan Kedah mungkin disebabkan virus itu daripada jenis mutasi D614G.
Beliau berkata walaupun 70 hingga 80 peratus pesakit COVID-19 di Sabah berada pada tahap satu (tidak bergejala) dan dua (bergejala ringan) serta nilai "Cycle Threshold" (CT) mereka dalam ujian 'reverse transcription polymerase chain reaction' (RT-PCR) adalah rendah, sebenarnya ia bermakna kadar kebolehjangkitannya yang tinggi.
"Sebab itu kita asingkan pesakit di beberapa pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah selama 14 hari kerana kebolehjangkitan akan berkurangan selepas 10 hari," katanya dalam sidang media mengenai COVID-19 secara maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.
BACA: COVID-19: CT Value gelombang ketiga COVID-19 membimbangkan
Dalam hantaran di Facebooknya malam tadi, Dr Noor Hisham menjelaskan lagi sekiranya nilai kitaran ambang atau 'Cycle Threshold (CT) value' dalam ujian pesakit positif COVID-19 adalah rendah, bermakna kadar kebolehjangkitan wabak adalah tinggi.
Beliau berkata jika nilai CT didapati rendah ia turut menunjukkan bahawa pengesanan kes dan ujian di RT-PCR dibuat di peringkat awal jangkitan, kesan virus dalam badan tinggi dan jangkitan wabak adalah pada peringkat awal.
"Ia juga ada kemungkinan disebabkan kesan mutasi protein 'spike' atas permukaan virus yang meningkatkan kebolehjangkitan dengan 'kesan virus' yang tinggi," katanya.
Nilai CT merujuk kepada bilangan kitaran yang diperlukan untuk penumpuan 'fluorescent' (cahaya pada sel virus) yang memberikan isyarat untuk melintasi paras nilai ambang dan dikesan sebagai positif.
Dr Noor Hisham berkata kebiasaannya dalam ujian RT-PCR mempunyai lebih kurang 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.
Beliau menjelaskan perkara yang sebaliknya berlaku jika pengesanan nilai CT adalah tinggi, bermakna jangkitan wabak berada di peringkat akhir dengan kadar kebolehjangkitan di paras rendah.
"Ini bermaksud, pengesanan kes dan ujian RT-PCR dijalankan di peringkat lewat dan ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringkat pemulihan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 16 2020
Dr Noor Hisham berkata kebiasaannya dalam ujian RT-PCR mempunyai lebih kurang 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif. - Gambar fail
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.