awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: JPBN Sarawak isytihar kluster Alam tamat

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
26/09/2020
09:08 MYT
COVID-19: JPBN Sarawak isytihar kluster Alam tamat
Sarawak ketika ini tidak merekodkan sebarang kluster COVID-19 yang aktif . FOTO: Astro AWANI
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengisytiharkan kluster Alam di Bintulu sebagai tamat.
Ini selepas kluster berkenaan tidak mencatatkan kes positif COVID-19 terbaharu dalam tempoh 28 hari daripada kes terakhir yang dilaporkan.
Menerusi kenyataan JPBN Sarawak pada Sabtu, kluster Alam mula dikesan pada 20 Ogos 2020 apabila empat orang krew kapal tersebut disahkan positif COVID-19.
“Saringan pertama ke atas semua 27 krew kapal pada 21 Ogos 2020 mendapati berlaku tambahan tiga lagi kes positif COVID-19.
“Manakala ujian saringan kedua pada hari ke-10, mengesahkan satu lagi kes positif COVID-19 dalam kalangan krew kapal tersebut dikesan pada 29 Ogos 2020,” kata kenyataan itu.
Secara keseluruhannya kluster ini hanya mencatatkan lapan kes positif COVID-19 melibatkan tiga warganegara, tiga warga Filipina dan seorang warganegara India.
“Menerusi kluster ini, empat kes telah menunjukkan simptom dan gejala jangkitan COVID-19 manakala empat kes lagi tidak bergejala.
“Kesemua kes yang disahkan positif COVID-19 telah menjalani rawatan di Hospital Bintulu manakala krew yang lain telah diberi perintah arahan kuarantin 14 hari di atas kapal,” tambah kenyataan sama.
JPBN Sarawak menyifatkan kluster ini sebagai terpencil dan hanya terhad dalam kalangan krew kapal dengan kontak luar yang minima.
Punca jangkitan juga dikenalpasti sebagai jangkitan import dari luar negara semasa kapal tersebut melakukan persinggahan sebelum berlabuh di Pelabuhan Bintulu, Sarawak.
Justeru, Sarawak setakat ini tidak merekodkan sebarang kluster COVID-19 yang aktif di negeri itu.
Topic Berkaitan
#Bintulu
#COVID-19
#Filipina
#Hospital Bintulu
#India
#JPBN Sarawak
#kluster Alam
#Pelabuhan Bintulu
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan