KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 dalam negara setakat semalam adalah 1.15, dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi pada 1.31.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Selangor dengan nilai Rt (1.18), Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing (1.17), Pahang (1.14) serta Sabah, Melaka dan Terengganu masing-masing (1.08).

Selain itu, Perak dengan nilai Rt 1.07, Pulau Pinang (1.05) serta Negeri Sembilan dan Johor masing-masing (1.02).

BACA: COVID-19: 8,574 kes baharu, menurun berbanding 9,105 semalam

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

-- BERNAMA