KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan selama lima hari berturut-turut.

Pada Khamis, angka itu meningkat kepada 0.95 berbanding 0.94 hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Negeri Sembilan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.04, diikuti Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Selangor.

Seterusnya, Kedah, Sabah, Pahang, Johor, Perlis, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak catat niali R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan merekodkan 12 kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.