awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang komited perkasa SMAN, setanding sekolah elit arus perdana - Wan Rosdy
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR saran bakal calon buat semakan awal
Empat ditahan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan naik kepada 0.87, Kuala Lumpur tertinggi

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
23/10/2021
02:11 MYT
COVID-19: Kadar kebolehjangkitan naik kepada 0.87, Kuala Lumpur tertinggi
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat sedikit kepada 0.87 selepas catat 0.86 untuk dua hari berturut-turut. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat sedikit kepada 0.87 selepas catat 0.86 untuk dua hari berturut-turut.
Namun, tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Berdasarkan infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitternya, Kuala Lumpur mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.02.
Ini diikuti Negeri Sembilan, Putrajaya, Melaka, Selangor, Sabah dan Kelantan.
Seterusnya Johor, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak dan Perlis catat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan merekodkan dua kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 22 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.87. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/qn5TxpCAld
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 23, 2021
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Topic Berkaitan
#R-Naught
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#kadar kebolehjangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan