KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend menurun bagi purata dua minggu.

Kadar itu kekal pada 1.02 pada Selasa untuk dua hari berturut-turut.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.20, diikuti  Perlis, Sabah, Pulau Pinang, Johor,  Perak, Kelatan, Kedah dan Terengganu.

Pahang, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya catat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Labuan pula catat satu kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.