awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Doktor ditahan disyaki bunuh isteri dan anak
James Cameron sahkan Michelle Yeoh bakal bintangi dua sekuel filem Avatar
KBS sasar Malaysia juara keseluruhan Sukan SEA 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar jatuh asrama di Sabak Bernam: Polis nafi tahan 12 individu

Asyraf Malik
Asyraf Malik
29/08/2025
10:16 MYT
Pelajar jatuh asrama di Sabak Bernam: Polis nafi tahan 12 individu
Shazeli menafikan 12 individu ditahan berhubung kes seorang pelajar Tingkatan Tiga terjatuh dari bangunan asrama di Sabak Bernam, pada 26 Ogos lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menafikan 12 individu ditahan berhubung kes seorang pelajar Tingkatan Tiga terjatuh dari bangunan asrama di Sabak Bernam, pada 26 Ogos lalu.

Ringkasan AI
  • Ketua Polis Selangor menafikan laporan bahawa 12 individu telah ditahan berhubung kes tersebut, menyatakan kenyataan itu tidak benar dan mungkin merujuk kepada kes lain.
  • Siasatan masih berjalan dan menunjukkan perkembangan positif, dengan pihak polis kini mempunyai hala tuju siasatan yang lebih jelas.
  • Mangsa, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan otak dan rahang patah, dan kini ditidurkan di Hospital Sungai Buloh; keluarga memohon doa orang ramai dalam menghadapi detik genting ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata kenyataan sedemikian adalah tidak benar.
"Saya tidak tahu daripada mana, mungkin kes lain," ujarnya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Jumaat.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan 12 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu yang ditahan.
Mengulas status siasatan, Shazeli berkata perkembangan dilihat positif setakat ini.
"Siasatan belum selesai, tetapi menunjukkan perkembangan positif dan membantu siasatan, sekarang kita dah nampak hala tuju macam mana nanti," tambah Shazeli.
Sebelum ini, bapa saudara mangsa, Muhammad Aidil Mansor, 34 tahun, berkata anak saudaranya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, mengalami pendarahan di bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah dan kecederaan pada paru-paru berdasarkan hasil imbasan CT scan.
Ibunya, Siti Muhaini Mohammad Mansor, 43 tahun, turut dilaporkan berkata keluarganya amat memerlukan doa orang ramai ketika anaknya melalui detik genting ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Mohd Azam Ahmad, pada Selasa memaklumkan mangsa terpaksa ditidurkan di Hospital Sungai Buloh kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan otak.
Topic Berkaitan
#Datuk Shazeli Kahar
#pelajar jatuh asrama
#perkembangan siasatan positif
#Menteri Besar Selangor
#Datuk Seri Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan