KUALA LUMPUR:Pusat beli-belah Mid Valley Megamall (MVM) dan The Gardens Mall (TGM) di Kuala Lumpur mengesahkan terdapat satu kes positif COVID-19 yang melibatkan staf di sebuah kedai jualan penjagaan kulit.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan bahagian pengurusan pusat beli belah terbabit, staf itu bekerja di London Sales Cosmetics (LSC) Sdn Bhd.
Ia merupakan anak syarikat operasi yang mengendalikan butik Origani dan Élévatione Time Stops di kedua-dua pusat beli belah itu.
“Staf itu memaklumkan kepada pihak pengurusan LSC pada 9 Oktober lalu, bahawa salah seorang daripada ahli keluarganya dijangkiti virus berkenaan.
“Wanita itu kemudian melakukan pengasingan diri dan segera melakukan ujian saringan dan disahkan positif pada 10 Oktober lalu.
“Individu berkenaan bagaimanapun disahkan tidak menunjukkan sebarang simptom,” jelas Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall
Tambah pihak pengurusan pusat beli-belah itu lagi, pihaknya memaklumkan perkara berkenaan pada 11 Oktober selepas wanita itu disahkan positif COVID-19.
Ekoran itu, kerja-kerja pembasmian kuman di ketiga-tiga kedai berkenaan yang bernaung di bawah syarikat LSC sedang dijalankan pada masa ini.
“Ketiga-tiga kedai itu turut diarahkan tutup buat sementara waktu dan pengoperasian semula hanya akan diumumkan kelak.
“Kami menyarankan para pelanggan, penyewa kedai dan pengunjung Mid Valley dan The Gardens mengambil langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan diri masing-masing.
“Kami akan akan terus memantau situasi ini bersama-sama dengan pihak pengurusan dan akan memaklumkan sebarang maklumat berkenaan perkara ini,” tambah jurucakap pusat beli-belah tersebut.
BACA: COVID-19: Staf positif, Bangsar Shopping Centre pula ditutup sementara
Faris Danial Razi
Sun Oct 11 2020

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan bahagian pengurusan pusat beli belah terbabit, staf itu bekerja di London Sales Cosmetics (LSC) Sdn Bhd. - Gambar Google Street View

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu
Hadid yakin kehadiran Tan Sri Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan, dalam dan luar negara.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Vaksin COVID-19: Perlu siap sedia hadapi kemungkinan 'last mile delivery'
Sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.

Piala FA dibatalkan, sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac
MFL membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac.

AWANI Ringkas: Anggota Polis Marin didakwa 43 pertuduhan rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah - Hussamuddin
Rakyat Malaysia kini kebanyakan mempunyai ukuran yang tidak sepatutnya apabila disoal berkaitan halal dan haram.

Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19
Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu ialah empat orang.

COVID-19: Kedai di Mid Valley dan The Gardens pula ditutup selepas staf didapati positif
Kes positif COVID-19 itu melibatkan staf di sebuah kedai jualan penjagaan kulit.

Lapan cedera dalam letupan gas yang menggegarkan Mid Valley
Mid Valley Megamall mengesahkan insiden disebabkan oleh letupan kecil semasa kerja pemasangan semula sistem sistem gas petroleum cecair (LPG).

IGB Reit kurang pemangkin jangka pendek, kata HwangDBS
Bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2013, IGB REIT mencatatkan pendapatan RM100.03 juta hasil daripada perolehan sebanyak RM208.43 juta.