KUALA LUMPUR: Kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin COVID-19 akan diumumkan selepas Hari Raya Aidiladha.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ini kajian teliti sedang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sebelum dibentangkan kepada kerajaan.

"Seperti diumumkan Perdana Menteri bahawa kita akan beri kelonggaran kepada rakyat telah dapat dua dos vaksin, sekarang ini jawatankuasa teknikal sedang mengkaji secara terperinci.

"Siapa yang boleh bergerak, pergerakan dibebaskan untuk dapat dua vaksin, apa sektor perniagaan dilonggarkan apabila dapat dua vaksin.

"Perkara ini sedang diteliti, insya-Allah selepas hari raya (Aidiladha) nanti kita akan umumkan," jelasnya.

[TERKINI] SOP penerima lengkap dua vaksin diumum selepas Aidiladha


Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Mindef Prihatin di Wisma Pertahanan, ibu negara pada Isnin.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa kerajaan akan mengumumkan kelonggaran terhadap penerima lengkap dua dos vaksin minggu ini.