awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita didakwa bunuh kanak-kanak lelaki tujuh tahun di Pasir Gudang
'Jawatan Pengerusi PN tidak semestinya saya' - Hadi Awang
Warga emas mengaku tidak bersalah miliki bahan letupan di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kerajaan tidak akan terburu-buru buka sempadan negara - Muhyiddin

Fareez Azman
Fareez Azman
15/09/2020
12:24 MYT
COVID-19: Kerajaan tidak akan terburu-buru buka sempadan negara - Muhyiddin
Muhyiddin menegaskan keperluan untuk kerajaan mengawal sempadan negara ketika Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai situasi semasa COVID-19 di negara ini pada Selasa. Gambar fail
Kerajaan tidak akan terburu-buru membuka sempadan, lebih-lebih lagi apabila negara masih mencatatkan kes positif COVID-19 setiap hari.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan sebaliknya akan meningkatkan kawalan sempadan terutama dalam usaha mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) yang dikhuatiri turut membawa jangkitan COVID-19.
"Kawalan sempadan negara akan terus dipertingkatkan untuk mengekang aliran kemasukan individu yang berpotensi dijangkiti COVID-19.
"Sempadan negara kita masih ditutup kecuali untuk tujuan perniagaan termasuk pelaburan dan pendidikan dengan syarat-syarat pematuhan SOP (prosedur operasi standard) tertentu yang ketat," katanya dalam Perutusan Khas COVID-19 Perdana Menteri pada malam Selasa.
Tegas Muhyiddin, banyak negara yang masih berusaha keras dalam menangani penularan COVID-19 yang menyaksikan berlakunya gelombang baharu.
"Jika dibandingkan dengan situasi di beberapa negara luar, terdapat negara yang masih berusaha keras menangani penularan jangkitan COVID-19 yang belum lagi menunjukkan tanda untuk reda.
"Malah, beberapa negara kini menghadapi ancaman gelombang baharu penularan COVID-19.
"Perkara sama boleh berlaku di negara ini jika rakyat terus leka dan memadang remeh penularan wabak ini di peringkat global," katanya.
Mengulas lanjut, Muhyiddin sedar kawalan sempadan yang ketat menimbulkan sedikit kesukaran khususnya kepada rakyat yang mempunyai urusan di luar negara, namun menegaskan langkah itu perlu bagi melindungi rakyat dan negara ini
"Kita perlu mengimbangi antara keperluan untuk melindungi nyawa dan kehidupan rakyat Malaysia. We must strike a fine balance between protecting lives and livelihoods of all Malaysians," kata Muhyiddin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kerajaan
#Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#pandemik
#pelitup muka
#Perdana Menteri
#Perutusan Khas
#perutusan khas perdana menteri
#Sempadan Negara
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan