Wanita didakwa bunuh kanak-kanak lelaki tujuh tahun di Pasir Gudang

Saniah Osman dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. - Gambar/ Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang di sini, Disember lepas.
Ringkasan AI
- Saniah Osman, 55, didakwa membunuh kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang pada Disember lepas.
- Tertuduh menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara minimum 30 tahun.
- Mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes pada 9 Mac untuk mendapatkan laporan post mortem, kimia, dan DNA.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Deana Aqilah Aliman.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 Mac ini sebagai tarikh sebutan kes bagi mendapatkan laporan post mortem, kimia dan DNA.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


