awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amerika akan tentukan syarikat minyak yang boleh beroperasi di Venezuela - Donald Trump
Liga Super: Jaringan lewat Hidalgo selamatkan maruah JDT
Tiga rumah terbakar di Kampung Kubang Buyung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas mengaku tidak bersalah miliki bahan letupan di Nilai

Bernama
Bernama
09/01/2026
07:15 MYT
Warga emas mengaku tidak bersalah miliki bahan letupan di Nilai
Polis menemukan objek disyaki IED susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma pada 22 Dis lepas. - Gambar fail
SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah hari ini atas lima pertuduhan berkaitan kes bahan letupan buatan sendiri (IED) di Nilai pada bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga emas, Yeoh Hock Sun, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan berkaitan kes bahan letupan buatan sendiri (IED) di Nilai bulan lepas.
  • Hock Sun didakwa memiliki bahan letupan di beberapa lokasi termasuk di Apartmen Desa Palma dan parkir kawasan Star Valley, Nilai.
  • Media melaporkan polis menemui objek disyaki IED susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma selepas menerima laporan orang awam mengenai objek meletup serta paku bertaburan pada 22 Disember lepas.

Yeoh Hock Sun, 63, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datin Surita Budin pada prosiding yang dijalankan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin di wad pesakit Hospital Tuanku Ja'afar, di sini berikutan tertuduh sedang menerima rawatan.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki bahan letupan dalam keadaan yang menimbulkan anggapan munasabah dengan niat digunakan untuk menyebabkan kecederaan di Apartmen Desa Palma, Nilai pada 12.30 tengah hari, 22 Dis lepas.
Dia turut didakwa memiliki bahan letupan yang ditemukan dalam sebuah kereta Proton Wira di parkir kawasan Star Valley, Nilai pada 7.30 malam hari sama, serta di tepi jalan utama Kampung Batang Benar, Mantin di Nilai pada 4.15 petang, 27 Dis lepas.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan berikutnya, Hock Sun didakwa melakukan khianat dengan menggunakan bahan letupan itu sehingga menyebabkan kerosakan terhadap sebuah kenderaan Mitshubishi L200 Triton milik lelaki berusia 47 tahun di kawasan parkir Apartmen Desa Palma, pada 5.55 pagi, 22 Dis lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Hock Sun juga didakwa secara salah berniat jahat menggunakan bahan letupan jenis IED untuk mendatangkan kecederaan pada 5.55 pagi, 22 Dis lepas, mengikut Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi tiga tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap Hock Sun dan menetapkan 12 Feb depan untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan polis menemukan objek disyaki IED susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma selepas menerima laporan orang awam mengenai objek meletup serta paku bertaburan di kawasan itu pada 7.08 pagi, 22 Dis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes letupan IED Nilai
#identiti suspek
#kes mahkamah
#Yeoh Hock Sun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan