KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan 12 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes kumulatif kematian kini 857.

Ini lima tumpuan kenyataan media mengenai perkembangan COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu:

1. 3,847 kes baharu COVID-19, dengan jumlah kes keseluruhan 238,721 kes.

2. 12 kes kematian baharu, menjadikan jumlah  keseluruhan 857 kes.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini 50,894 kes.

4. 1,692 kes sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan 186,970 kes.

5. 12 lagi kluster baharu dikenal pasti.

BACA: COVID-19: 3,847 kes baharu, 12 kematian - Dr Noor Hisham