MALAYSIA
COVID-19: Kes aktif melebihi 20,000, ini 5 perkara penting kenyataan media KKM

Dua kluster tempat kerja, tiga komuniti, satu untuk pendidikan, tiga untuk sekolah/institusi pendidikan KPM, satu keagamaan dan satu pusat tahanan dikenal pasti hari ini. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan dua kluster tempat kerja, tiga komuniti, satu untuk pendidikan, tiga untuk sekolah/institusi pendidikan KPM, satu keagamaan dan satu pusat tahanan.
Berikut lima perkara penting kenyataan media KKM pada Rabu;
1) Sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 381,813 kes.2) Selangor mencatat angka tertinggi dengan 526 kes jangkitan, diikuti Sarawak dengan 429 kes, Kelantan sebanyak 370 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 291 kes.
3) Sebanyak 1,910 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 358,726 kes.
4) Keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 21,687.
5) Negara mencatatkan tambahan 11 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,400.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami