KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,018 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-40 (ME 40/2022) iaitu dari 2 Okt hingga 8 Okt, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kes baharu pada ME 40 menurun 10.4 peratus, berbanding 12,291 kes yang dicatatkan pada minggu sebelumnya (ME 39).
"Bilangan kes tempatan COVID-19 menurun sebanyak 10.4 peratus kepada 10,987 kes berbanding 12,260 kes (minggu sebelumnya)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata bilangan kes import pada ME 40 tidak menunjukkan sebarang perubahan, iaitu 31 kes sama seperti ME 39.
Bilangan kes kematian pada ME 40 menurun 7.7 peratus daripada 26 kes kepada 24 kes, sementara bilangan kes sembuh meningkat 2.8 peratus kepada 12,882 kes daripada 12,534 kes pada ME 39.
Beliau berkata purata kes aktif setiap hari bagi ME 40 adalah 23,416, iaitu menurun sebanyak 5.2 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Menurut Dr Noor Hisham secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan termasuk hospital dan Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk juga menurun pada ME 40 berbanding ME 39.
Beliau berkata pesakit kategori satu dan dua menurun 8.3 peratus manakala pesakit kategori tiga, empat dan lima juga menurun sebanyak 10 peratus.
Dr Noor Hisham berkata peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 40 berbanding ME 39 menurun satu peratus bagi katil bukan kritikal, kekal 12 peratus bagi katil unit rawatan rapi (ICU) dan tiada yang aktif di PKRC.
Dr Noor Hisham berkata dari 25 Jan 2020 iaitu ME 4 hingga 8 Okt 2022 ME 40 secara kumulatif sebanyak 4,853, 523 kes baharu COVID-19 dicatatkan sementara kes sembuh yang direkodkan ialah 4,794,020.
Katanya kumulatif kes kematian yang dicatatkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 36,398 kes dan kumulatif kluster ialah 7,084 kluster dengan 13 kluster aktif.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022

Sebanyak 11,018 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-40 (ME 40/2022) iaitu dari 2 Okt hingga 8 Okt, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail/BERNAMA

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.
Polis kutip RM302 juta, Januari hingga Ogos
Polis merekodkan kutipan kompaun lebih RM300 juta membabitkan 3.8 juta saman bagi lapan bulan pertama tahun ini.
17,241 kenderaan perdagangan diperiksa dalam 4 hari
Sebanyak 17,241 kenderaan perdagangan diperiksa bagi tempoh empat hari Op Khas Kenderaan Perdagangan dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman seluruh negara.

Hangzhou bersedia anjurkan Sukan Asia
China bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Sukan Asia yang mencapai standard Olimpik, dari 23 Sept hingga 8 Okt selepas tertangguh setahun susulan pandemik COVID-19.

Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.

WHO gesa China kemuka maklumat asal usul COVID-19
Badan itu mendesak China untuk memberikan akses secara penuh dan bersedia untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama negara itu.

Ronaldo tuntut Juventus bayar tunggakan gaji RM99.5 juta
Cristiano Ronaldo bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum membayar tunggakan gajinya ketika pandemik COVID-19.

Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan
Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

Putera Jepun Hisahito dijangkiti COVID-19
Putera Jepun Hisahito disahkan dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik. Putera Hisahito, 17 ialah anak tunggal Putera Mahkota Akishino (Fumihito) bersama Puteri Mahkota Kiko.

Pengurusan COVID-19: PAC panggil Ka Siong Khamis depan
Prosiding itu dijadualkan pada 21 September depan dengan PAC akan turut memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.

RMK12: Ekonomi dunia diunjur berkembang 3.1 peratus setahun
Ekonomi dunia diunjurkan berkembang sebanyak 3.1 peratus setahun dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2023 hingga 2025.

Klook rai ulang tahun kesembilan, pertumbuhan memberangsangkan pasca COVID-19
Platform tempahan pelancongan dalam talian, Klook bangkit semula dengan prestasi memberangsangkan, sekali gus menandakan kejayaannya di ulang tahun kesembilan.