PETALING JAYA: Punca kadar jangkitan COVID-19 terus meningkat di Damai Apartment, mukim Damansara, mungkin ada kaitan dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Mentari Court.
Pegawai Daerah Petaling Datuk Johary Anuar berkata, pihaknya percaya ada individu yang sempat keluar sebelum PKPD di Mentari Court dilaksanakan pada 1 Julai lalu.
Hasilnya, kes di lokaliti berkenaan terus meningkat pada minggu ke-26 dan 28 PKP baru-baru ini, mencatatkan sejumlah 236 kes positif.
Manakala secara keseluruhannya sejak Januari 2021, kawasan berkenaan telah merekodkan lebih 300 kes jangkitan COVID-19 dan 8 kes kematian.
Justeru, perlaksanaan PKPD di kawasan berkenaan adalah bagi membendung wabak dari terus menular.
"Dalam tempoh dua minggu baru-baru ini kita dapati kes (naik dengan) cepat. Kita jangkakan mempunyai kaitan dengan Mentari Court.
"Apabila kita buat PKPD di Mentari Court, kemungkinan ada sebahagian yang keluar dan mereka pergi ke apartment ini, menyebabkan berlaku kes-kes meningkat naik dalam masa singkat ini," kata Johary.
BACA: PKPD tamat, penduduk Mentari Court raikan 'kebebasan' mereka
Tambahnya, model PKPD yang sama seperti di Mentari Court akan diguna pakai dalam proses saringan dan vaksinasi lebih 5,000 penduduk.
Semakan mendapati, 40 peratus adalah penduduk tempatan, sementara selebihnya warga asing, rata-rata dari golongan B40.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid yakin penduduk di lokaliti berkenaan masih berada di kediaman masing-masing.
Penduduk juga didapati bersedia untuk disaring serta divaksin.
"Selepas telah disahkan PKPD di kawasan apartment ini, kita bersama JMB (Badan Pengurusan Bersama) dan juga penduduk.
"Setakat hari ini, ramai yang masih lagi berada dalam kawasan ini. Mereka semua masih menunggu divaksin. Kita dengar tidak ada keluar secara beramai-ramai," katanya.
Kawasan seluas 600 meter persegi merangkumi tiga blok dengan jumlah 742 unit kediaman itu mula dikawal anggota polis dan tentera sejak jam 12 tengah malam tadi.
16 Julai lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat kawasan baharu dalam empat daerah akan dikuatkuasakan perintah ketat itu selama dua minggu mulai 18 Julai.
Selain, Damai Apartment, turut terlibat adalah kawasan Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang, Hulu Langat; Jalan Batu Nilam, Mukim Klang, Klang dan Taman Samudera, Mukim Batu, Gombak.
Tatacara prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara di www.mkn.gov.my.
Astro Awani
Sun Jul 18 2021
Kawat duri dipasang sekitar Damai Apartment di mukim Damansara malam tadi susulan pelaksanaan PKPD di kawasan itu selama dua minggu mulai 18 Julai, 2021. - Astro AWANI
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.