KUALA LUMPUR : Selepas dua hari mencatatkan angka harian kes COVID-19 di bawah 20,000 kes, ia kembali meningkat kepada 21,483 kes.

Angka harian baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara melebihi 4.03 juta kes.

Daripada jumlah kes baharu, 21,089 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 394  adalah kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 21,317 kes (99.23%) adalah kategori satu dan dua.

Manakala 166 kes (0.77%) adalah kategori 3, 4 dan 5.

Sebanyak 339 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 209 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah 32,561 kes.

Semalam juga, empat kluster baharu direkodkan, dengan 284 kluster masih aktif.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.91, dengan Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.01.