awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2023
08:54 MYT
COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 dalam negara meningkat kepada 12,757 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 Disember sehingga 9 Disember lepas, berbanding 6,796 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Dalam tempoh itu, pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat 1.4 peratus, manakala jumlah mereka yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga meningkat 0.5 peratus.
Dr Muhammad Radzi berkata, sebanyak 26 varian Omicron baharu dilaporkan terdiri daripada 21 kes Variant of Concern dan lima kes Variant of Interest.
Tiada varian baharu dikesan di Malaysia dan tiada petunjuk varian yang beredar secara tempatan lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit lebih teruk.
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, secara keseluruhan keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Muhammad Radzi Abu Hassan
#Omicron
#fasiliti kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan