JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 60 juta.

Ini berikutan lebih 610,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Kes positif global kini berjumlah 60,174,732.

Setakat pagi Khamis (26 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 12.7 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 9.22 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.11 juta kes.

Negara yang melepasi angka dua juta kes adalah Perancis (2,221,608) dan Rusia (2,144,229).

Jangkitan positif COVID-19 Sepanyol (1,605,066), United Kingdom (1,560,846), Italy (1,560,846), Argentina (1,381,795), Colombia (1,262,494) dan Mexico (1,060,152) pula melepasi satu juta kes.

Sementara itu, Jerman (983,312), Peru (952,439), Poland (924,422), Iran (894,385), Afrika Selatan (772,252), Ukraine (680,132), Belgium (561,803), Chile (544,092), Iraq (542,187), Indonesia (511,836), Belanda (506,439) dan Czechia (505,215) termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Setakat pagi Khamis (26 November), Mexico mencatatkan 1,060,152 kes positif jangkitan COVID-19. - Gambar fail

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Turki (467,730), Bangladesh (454,146), Romania (440,344), Filipina (422,915), Pakistan (382,892), Arab Saudi (356,067), Kanada (347,641), Maghribi (336,506), Israel (331,678) dan Switzerland (309,469).

Dalam pada itu, sebanyak 31 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.

Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.



Sementara itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melepasi 1.41 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,417,153 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 261,480 kes, diikuti Brazil dengan 170,115 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 134,699 dan 102,739 kes kematian.
Kematian di United Kingdom pula merekodkan 55,935 kes manakala di Italy, 52,028 kes kematian dicatatkan.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 261,480 kes. - Gambar fail

Angka kematian di Perancis pula menghampiri 51,000 kes dengan mencatatkan 50,700 kes.
Sementara itu, negara yang melepasi angka 40,000 kes kematian ialah Iran (46,207) dan Sepanyol (44,037).
Argentina (37,432), Rusia (37,173), Peru (35,685) dan Colombia (35,677) pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.
Dalam pada itu, Afrika Selatan mencatatkan lebih 21,000 kes kematian dengan mencatatkan 21,083 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.