awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif saringan individu bergejala terus meningkat di Sabah

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
03/02/2022
09:32 MYT
COVID-19: Kes positif saringan individu bergejala terus meningkat di Sabah
Daerah Sandakan kekal mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi di negeri itu dengan 93 kes berbanding 67 kes pada Rabu. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah kes positif COVID-19 yang dikesan menerusi saringan individu bergejala di Sabah terus mencatat peningkatan selepas 232 daripada keseluruhan 476 kes positif dilaporkan hari ini.
Menurut jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, angka ini merupakan 48.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dan lebih tinggi daripada jumlah jangkitan baharu yang dikesan menerusi kontak rapat dengan 39.7 peratus.
"Jumlah kes baharu yang berpunca daripada saringan bergejala yakni dalam kalangan mereka yang memiliki simptom kekal tinggi dengan 232 daripada jumlah keseluruhan 476 kes hari ini.
"Di Sandakan, 58 daripada 93 kes baharu atau 62.3 peratus merupakan kes saringan bergejala, 33 daripada 77 kes atau 42.8 peratus di Kota Kinabalu dan 42 daripada 71 kes atau 59.1 peratus di Penampang,’’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Sementara itu, daerah Sandakan kekal mencatatkan jumlah jangkitan baharu tertinggi di negeri itu dengan 93 kes berbanding 67 pada Rabu.
‘’Antara daerah-daerah lain yang mencatatkan kes positif baharu yang tinggi termasuk Kota Kinabalu dengan 77 kes, Penampang (71 kes), Tuaran (44 kes), Tawau (32 kes) dan Ranau (22 kes),’’ tambah Masidi.
Selain itu, beliau berkata,. 467 kes merupakan Kategori 1 dan 2, empat kes (Kategori 3), dua kes (Kategori 4) dan satu kes (Kategori 5).
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sabah
#kluster COVID-19 di Sabah
#kes kontak rapat
#saringan bergejala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan