KUALA LUMPUR: Analisis Keselamatan Institusi Penyelidikan Klinikal (ICR) bagi menilai keberkesanan rawatan Ivermectin (IVM) dan penjagaan standard yang berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) ke atas pesakit COVID-19 mendapati, kesan sampingan seperti cirit-birit dalam kalangan kumpulan IVM adalah tiga kali lebih tinggi berbanding kumpulan standard of care (SOC).
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, KKM ketika ini masih belum mengetahui dengan jelas mengenai kesan lain susulan pengambilan ubat berkenaan secara off-label.
"Ini kerana, KKM ketika ini belum mempunyai data lengkap mengenai kesan advers ubat antiparasit yang penggunaannya dikhususkan bagi binatang.
"Kita takut dos, penyerapan atau apa-apa berkaitannya (Ivermectin) boleh memberi kesan kepada manusia, sebab itu kajian dilakukan.
"Bukan kerana kerajaan tidak mahu beri (kelulusan), tetapi kita memikirkan keselamatan dan kepentingan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan R Sivarasah (PKR-Sungai Buloh) mengenai keputusan kerajaan menghalang penggunaan Ivermectin secara off label di Dewan Rakyat pada Khamis.
Dalam pada itu, menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) mengenai perkembangan I-TECH, Dr Noor Azmi berkata, kadar kemerosotan penyakit COVID-19 kepada tahap teruk adalah sama di dalam kumpulan Ivermectin, berbanding kumpulan SOC.
Menurut Dr Noor Azmi, hasil kajian Ivermectin (I-TECH) adalah selari dengan kajian berskala besar seperti IVERCOR-COVID19 dari Argentina dan TOGETHER dari Brazil yang tidak menyokong penggunaan rutin Ivermectin dalam amalan klinikal rawatan COVID-19.
Katanya, kajian klinikal open-label randomised trial itu menilai keberkesanan rawatan lima hari Ivermectin (0.4mg/kg/hari) berserta penjagaan standard (kumpulan IVM), berbanding hanya penjagaan standard (kumpulan SOC) berdasarkan garis panduan KKM bagi pesakit COVID-19 di 20 hospital kerajaan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 MAEPS 2.0.
"Kebarangkalian pulih daripada gejala sepenuhnya pada hari kelima penyertaan antara kumpulan IVM dan SOC adalah hampir sama, yang mana tiada perbezaan signifikan dari segi statistik.
"Berdasarkan kajian I-TECH, Ivermectin tidak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada kerana ia tidak mengurangkan risiko penyakit COVID-19 tahap teruk.
"Ia disarankan hanya digunakan dalam kajian klinikal dengan pemantauan," jelasnya.
Astro Awani
Thu Nov 11 2021
Dr Noor Azmi Ghazali berkata, KKM ketika ini masih belum mengetahui dengan jelas mengenai kesan lain susulan pengambilan ubat berkenaan secara off-label. - Gambar fail BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ivermectin tidak berkesan cegah gejala teruk COVID-19 - Kajian penyelidik Malaysia
Kumpulan penyelidik Malaysia dipetik sebagai berkata, penemuan mereka itu sekali gus tidak menyokong penggunaan Ivermectin untuk pesakit COVID-19.
KKM cadang laksana kajian klinikal guna Ivermectin ke atas kontak rapat COVID-19
Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (ICR) masih menunggu kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk melaksanakan kajian klinikal ini.
Tidak kurangkan risiko COVID-19, KKM tidak syorkan Ivermectin - Dr Noor Hisham
Keputusan itu dikeluarkan susulan hasil dapatan kajian Ivermectin (I-Tech) ke atas 500 pesakit COVID-19 melibatkan kategori 2 atau 3.
Keputusan kajian Ivermectin akan dibentangkan minggu hadapan
Khairy berkata kajian tempatan berkaitan ubat tersebut sudah selesai dan keputusan sudah diperolehi.
Penjualan Ivermectin: Polis sedia bantu KKM - Mazlan
Polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.
Penggunaan Ivermectin hanya untuk tujuan ujian klinikal - MPS
KKM akan menjalankan ujian klinikal terhadap 500 pesakit, untuk menilai keberkesanan penggunaan Ivermectin.
Jual ubat Ivermectin: 'KKM, MCMC jangan lepas tangan' - Persatuan Farmasi Malaysia
Tindakan berani pihak yang cuba mengambil kesempatan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.
Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Amrahi menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.
Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen PH dikritik desak guna Ivermectin rawat COVID-19
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang dikiritik pengamal perubatan dan netizen kerana mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19.
Penggunaan Ivermectin: Tunggu keputusan ujian klinikal KKM - Pakar kesihatan
sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan evidence-based medicine, dan KKM dijangka mengeluarkan keputusan berhubung ujian klinikal Ivermectin pada September ini.