KUALA LUMPUR:Tahap kepercayaan yang tinggi dalam kalangan rakyat terhadap sistem penjagaan kesihatan bukan satu perkara yang boleh dianggap remeh.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TMC Life Sciences Berhad, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaacob, berjaya atau tidak usaha satu-satu negara melawan penyakit terletak pada tahap kepatuhan rakyat terhadap arahan dan inisiatif kerajaan.
"Apabila rakyat mempunyai kepercayaan yang tinggi pada sistem dan pakar kesihatan awam, mereka akan lebih patuh kepada saranan serta pelan-pelan imunisasi yang dilaksanakan.
"Jika kita lihat negara lain, ada yang tidak yakin dengan sistem mereka, jadi apabila kerajaan keluarkan mandat atau arahan seperti perlu pakai pelitup muka, mereka bantah dan persoalkan, malah ada yang sampai keluarkan teori konspirasi," katanya ketika ditemu bual program AWANI Pagi.
Wan Nadiah juga yakin kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta mampu menjadikan pelan imunisasi COVID-19 satu kejayaan dan boleh diakses oleh semua golongan.
"Kita perlu faham yang kerajaan mempunyai dana yang terhad dan tak mampu nak beli vaksin selama-lamanya.
"Kita lihat kelompok yang mendapat keutamaan akan mengambil suntikan vaksin di hospital kerajaan manakala kelompok yang lain akan ambil di hospital swasta.
"Kami di pihak swasta sangat menyokong usaha kerajaan memberikan imunisasi kepada rakyat dan kami akan bekerjasama dalam memastikan vaksin yang dibekalkan nanti boleh diakses rakyat dari semua golongan," ujarnya.
Beliau mengulas laporan kaji selidik firma penyelidikan pasaran dan perundingan, Ipsos, yang menyatakan rakyat Malaysia mempunyai keyakinan tinggi terhadap sistem penjagaan kesihatan negara.
BACA: Sistem penjagaan kesihatan Malaysia antara yang terbaik, diyakini rakyat - Ipsos
Sebanyak 62 peratus rakyat Malaysia juga yakin bahawa sistem penjagaan kesihatan di negara ini memberikan rawatan yang adil dan sama rata terhadap semua individu.
Malah Malaysia juga berada dalam kelompok teratas dalam senarai sokongan terhadap suntikan vaksin dengan 86 peratus percaya vaksin merupakan satu keperluan dalam menangani penyakit berjangkit.
Madiha Abdullah
Fri Dec 11 2020

Kepercayaan rakyat akan menampakkan hasil apabila pelan imunisasi dilaksanakan kelak. -Gambar fail/REUTERS

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Lipat gandakan usaha, sedia hadapi PRU15 - Anwar Ibrahim
Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

Petani India marah, undang-undang baharu agrikultur jejas pendapatan
Walaupun disifatkan sebagai reformasi oleh Perdana Menteri Narendra Modi, namun ia sebenarnya menyusahkan petani jana pendapatan.

Jerman sedia kit ujian saringan COVID-19 di pasar raya
Kit ujian saringan pantas itu dijual pada sekitar harga 25 euro atau RM121 setiap satu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Mac 2021.

Lebih 17,000 terima dos pertama vaksin COVID-19 di Thailand
Sejumlah 17,697 individu di Thailand telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini.

Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, tidak langgar Akta 342 jika tidak ambil - Takiyuddin
Suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan di buat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

Program vaksinasi kumpulan pertama di Miri berjalan lancar
Empat PPV terlibat dalam program imunisasi di Miri adalah Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Dewan Masyarakat Marudi dan Hospital Miri.

Vaksin swasta: Tumpuan 80 peratus terlebih dahulu - MOSTI
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan setakat ini hanya tertumpu kepada usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Kemudahan kesihatan swasta di Sarawak sedia dijadikan pusat vaksinasi
Hospital swasta dan klinik pengamal perubatan am (GP) sudah bersedia untuk disenaraikan sebagai pusat vaksinasi COVID-19 dalam negara.

Vaksin COVID-19: Penerimaan rakyat penting bagi putuskan rantaian jangkitan
Penerimaan rakyat terhadap Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan merupakan aspek penting dalam menjayakan agenda memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.

P. Pinang nafi cadangan jual vaksin melalui hospital swasta beri keutamaan kepada VIP
Cadangan supaya hospital swasta di Pulau Pinang dibenarkan membeli vaksin COVID-19 berbayar adalah bagi membolehkan vaksin percuma diberikan kepada petugas barisan hadapan.

Program Vaksinasi COVID-19 di Miri bermula hari ini
Program melibatkan enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu Hospital Miri, Hospital Marudi, Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Dewan Masyarakat Bekenu, dan Dewan Suarah Marudi.

COVID-19: Penghantaran vaksin melalui COVAX masih rendah - WHO
Jelas Dr Tedros ketika ini telah memasuki fasa penting untuk inisiatif kolaboratif bertujuan menghasilkan 2 bilion dos pada akhir 2021.