awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kita belum sedia hadapi PRU15 - Pakar epidemiologi

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
01/10/2020
21:56 MYT
COVID-19: Kita belum sedia hadapi PRU15 - Pakar epidemiologi
Peratusan keluar mengundi pada pilihan raya negeri Sabah yang berlangsung 26 September lalu adalah hanya 66 peratus berbanding 77 peratus pada PRU14. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Malaysia masih belum bersedia untuk mengadakan pilihan raya berskala besar seperti Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat.
Ini kerana, menurut Pakar Epidemiologi Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, iktibar perlu diambil selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini yang menyaksikan peratusan keluar mengundi sangat kurang berbanding pada PRU 2018.
Beliau berpendapat, rakyat mungkin berasa takut, terutamanya ketika penularan pandemik COVID-19, dan mungkin berhadapan kesukaran untuk pulang mengundi.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) pada PRN Sabah kali ini adalah rentetan daripada SOP Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim dan Chini, cuma terdapat beberapa perubahan termasuk cara berkempen.
"Ketika PRU14 (2018), 77 peratus rakyat Sabah keluar mengundi, dan ketika PRN lepas, hanya 66 peratus yang keluar mengundi dan ini menunjukkan kemungkinan rakyat takut untuk keluar mengundi.
Kita belum bersedia untuk hadapi PRU15 - Pakar Epidemiologi#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/OKUg9PKS5N
— Astro AWANI (@501Awani) October 1, 2020
"Terdapat kemungkinan juga pengundi mengalami kesukaran untuk pulang dari Semenanjung atau Sarawak. Jika ini adalah perkara yang benar, kita perlu lakukan cara yang berlainan.
"Kita perlu melihat dan mengambil pengajaran dari negara lain seperti Korea Selatan dan New Zealand berkenaan cara mereka mengendalikan pilihan raya," katanya ketika dihubungi dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Pada masa sama, Dr Awang Bulgiba turut berpendapat, pilihan raya umum lebih selamat diadakan sekiranya vaksin COVID-19 berjaya dihasilkan.
"Saya turut berpendapat beberapa pendekatan baharu juga perlu kita lakukan dan jika mahu adakan PRU dengan selamat, adalah lebih baik selepas penemuan vaksin COVID-19.
"Ini supaya, sekurang-kurangnya separuh daripada rakyat kita sudah dilindungi dari COVID-19 sebelum mereka keluar mengundi," jelasnya.
PRU15 ketika pandemik? Keselamatan pengundi lebih terjamin apabila sudah ada vaksin - Pakar Epidemiologi#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/QzKo9jjyS5
— Astro AWANI (@501Awani) October 1, 2020
Topic Berkaitan
#PRU
#SOP
#New Zealand
#Korea Selatan
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#pilihan raya umum
#PRN Sabah
#COVID-19
#vaksin
#PRU15
#PRU14
#peratusan keluar mengundi
#Pakar Epidemiologi
#Awang Bulgiba Awang Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan