PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat empat lagi kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Kupi-Kupi, Kluster Tapak Bina Ikon Bintang, Kluster Bandar Impian dan Kluster Jalan Kemang.

Berikut ialah perincian bagi setiap kluster tersebut.

1. Kluster Kupi-Kupi
- Kluster ini dikesan di daerah Penampang, Sabah.
- Kes-kes kluster ini dikesan positif pada 2 Disember hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 12 individu disaring dan kesemuanya positif.
- Pengesanan kontak rapat masih dijalankan.

2. Kluster Tapak Bina Ikon Bintang
- Kluster ini dikesan di daerah Lembah Pantai dan Kepong, Kuala Lumpur.
- Kes-kes kluster ini dikesan positif pada 9 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan tapak pembinaan.
- Seramai 532 individu disaring, 12 kes lagi dikesan positif.

3. Kluster Bandar Impian
- Kluster ini dikesan di daerah Kluang, Johor; Pasir Puteh, Kelantan; dan Kuala Kangsar, Perak.
- Kluster indeks dikesan positif pada 1 Disember melibatkan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
- Seramai 58 individu disaring, sembilan kes lagi dikesan positif.

4. Kluster Jalan Kemang
- Kluster ini melibatkan daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.
- Kes indeks dikesan positif pada 5 Disember hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 257 individu disaring, 19 kes lagi dikesan positif.

Setakat ini, sebanyak 396 kluster telah dilaporkan termasuk empat kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini.

Daripada jumlah itu, jumlah kluster yang dilaporkan masih aktif adalah sebanyak 185.