Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbang penggunaan ubat antiviral Favipiravir bagi merawat pesakit positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ubat itu, yang juga dikenali sebagai Avigan dan Fuhaikang, tidak didaftarkan di negara ini namun ia tertakluk kepada kelulusan KKM selepas meneliti kesan sampingannya.
"Kita (KKM) boleh luluskan. Bagaimanapun, ubat itu kita kena kaji sebab ada kesan sampingan. Jadi kita kena berhati-hati apabila kita gunakan ubat tersebut.
"Ia adalah ubat yang sama tetapi Avigan berasal dari Jepun manakala Fuhaikang dari China," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata sekiranya diluluskan kelak, pemantauan rapi ke atas pesakit perlu dijalankan bagi memastikan keberkesanan ubat antiviral itu.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa KKM memerlukan 800 alat bantuan pernafasan atau ventilator di hospital kerajaan dengan 500 khusus untuk kes COVID-19.
"KKM telah beli 229 unit ventilator, 54 unit telah diterima manakala 175 unit lagi masih dalam proses penghantaran yang kita jangka terima awal April ini," katanya.
Dr Noor Hisham berkata pihak swasta juga bersetuju meminjamkan 64 unit ventilator kepada KKM untuk kegunaan di hospital kerajaan yang memerlukan.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500 juta bagi membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan Unit Rawatan Rapi, peralatan perlindungan diri tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam dan keperluan makmal untuk saringan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020

KKM mempertimbang penggunaan ubat antiviral Favipiravir bagi merawat pesakit positif COVID-19. -Gambar fail/Reuters

COVID-19 | Kisah Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

PKP 2.0: Awas! Jangan ingat musim hujan tiada sekatan jalan raya - Polis Sabah
Polis tidak berkompromi kepada mana-mana individu yang didapati cuba mengambil kesempatan merentas daerah tanpa kebenaran ketika musim hujan dan banjir di negeri ini.

Gempa bumi 6.8 magnitud landa Argentina
Gempa bumi berskala 6.8 magnitud serta beberapa gempa susulan melanda barat dan tengah Argentina, pada Isnin.

Top Glove selar TV Kanada atas laporan mengelirukan
Top Glove berkata laporan tersebut dengan sengaja memandang ringan atau tidak memasukkan langkah-langkah pemulihan terkini yang telah diambil.

Kartel daging: Lebih banyak tangkapan akan menyusul - SPRM
Beberapa lagi individu akan ditahan berhubung isu sindiket kartel daging import haram.

Sindiket curi kenderaan, geng 'Elango Magna' tumpas
Sindiket curi kenderaan yang aktif di sekitar daerah Sentul didalangi Geng Elango Magna akhirnya berjaya ditumpaskan polis.

AWANI Ringkas: Darurat: Pembangkang tidak perlu sertai jawatankuasa | Tingkat hukuman kesalahan LGBT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

PKP 2.0 | Pembelian barang hiasan rumah meningkat 8 kali ganda
Pelaksanaan PKP 2.0 menyaksikan ramai rakyat Malaysia bekerja dari rumah, dan menghabiskan masa di kediaman masing-masing. Jadi, ini mungkin yang dilakukan mereka!

PEJUANG | Guna logo Amanah atau Warisan pilihan terakhir - Mahfuz
Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berpendapat, keputusan PEJUANG untuk gunakan logo Amanah atau Warisan merupakan pilihan terakhir yang ada untuk parti itu sekiranya gagal didaftarkan.

PKP 2.0 | 7 lelaki di reman 3 hari halang tugas polis
Tujuh lelaki yang menghalang penjawat awam bertugas semasa kejadian kemalangan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong pada Ahad, di reman selama tiga hari bagi membantu siasatan. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Georgetown, Nur Fadrina Zulkhairi pada Selasa.

COVID-19: KKM pertimbang guna Favipiravir rawat pesakit
Ubat itu, yang juga dikenali sebagai Avigan dan Fuhaikang, tidak didaftarkan di negara ini namun ia tertakluk kepada kelulusan KKM selepas meneliti kesan sampingannya.