awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Loke selar kenyataan tidak bertanggungjawab Ewon

Bernama
Bernama
16/11/2025
22:00 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Loke selar kenyataan tidak bertanggungjawab Ewon
Loke (kanan) berkata, kenyataan Ewon juga bercanggah dengan kedudukannya yang masih menerima gaji sebagai Menteri Persekutuan walaupun telah mengumumkan perletakan jawatan.
KOTA KINABALU: Kenyataan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick bahawa pengundi Sabah akan hilang kelebihan jika memilih calon daripada parti nasional adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, tindakan itu mampu memecah-belahkan hubungan antara parti tempatan dan parti nasional.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, kenyataan sedemikian tidak wajar kerana semua calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah anak tempatan tanpa mengira parti.
"Saya rasa itu satu kenyataan kurang bertanggungjawab dan cuba nak memecah-belahkan pemimpin parti tempatan dengan parti kebangsaan.
"Semua pemimpin dan calon yang bertanding di Sabah ini adalah pemimpin tempatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Komuniti, di sini, malam tadi.
Turut hadir calon DAP yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH), Datuk Phoong Jin Zhe bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Chan Loong Wei (Luyang), Datuk Chan Foong Hin (Tanjung Aru) dan Datuk Jannie Lasimbang (Kapayan).
Loke berkata, kenyataan Ewon juga bercanggah dengan kedudukannya yang masih menerima gaji sebagai Menteri Persekutuan walaupun telah mengumumkan perletakan jawatan, sambil mengingatkan bahawa PH tetap memberi ruang kepadanya selaku Presiden parti meskipun hanya memiliki dua kerusi Parlimen.
"Jadi sebagai Menteri Persekutuan perlulah ada satu sifat menyatupadukan rakyat, bukannya memecah-belahkan rakyat," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Sabah menolak naratif permusuhan antara Sabah dan Semenanjung serta menumpukan kepada pembentukan kerajaan negeri yang stabil dan berupaya menjalin hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 dan tarikh pengundian awal 25 Nov.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#UPKO
#UPKO keluar PH
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan