Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan Pantai dan Bangsar di sini dalam tempoh 10 hari akan datang kerana jangkitan COVID-19 seperti yang tular menerusi media sosial.
Beliau berkata laporan Bernama yang menyatakan bahawa seolah-olah Dr Noor Hisham yang mengeluarkan nasihat sedemikian adalah tidak tepat.
Perenggan tidak tepat dalam berita berkenaan telah dimasukkan dalam laporan berita yang memetik kenyataan Dr Noor Hisham memuji tindakan segera pakar perunding kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur Datuk Dr Sanjiv Joshi, yang secara suka rela menjarakkan dirinya dari hospital, klinik dan keluarganya selama 14 hari.
Dr Sanjiv diuji negatif bagi COVID-19, namun beliau terus kuarantin dirinya semasa tempoh inkubasi kerana 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.
"Dr Sanjiv merawat kes 29 (wanita berusia 35 tahun yang berkongsi bilik dengan kes 24) yang kemudiannya diuji positif COVID-19.
"Dr Sanjiv kemudian sukarela menjarakkan dirinya bagi tempoh 14 hari (daripada orang awam), saya berharap semua kontak rapat beliau akan mecontohi tindakan beliau untuk melakukan apa yang betul," kata Dr Noor Hisham menerusi catatan Facebook rasminya malam tadi.
Petikan berita tidak tepat itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk sekitar dan mereka yang ingin berkunjung ke hospital berkenaan dan kawasan sekitarnya.
Malam tadi, Bernama telah membuat pembetulan terhadap berita berkenaan serta mengeluarkan notis terhadap kesilapan itu namun laporan itu telahpun disiarkan lebih awal oleh beberapa organisasi media.
Setelah Bernama menghubungi editor-editor berkenaan, berita itu telah dikeluarkan daripada portal mereka.
Bernama kesal dengan penyiaran laporan yang tidak tepat itu.
-- BERNAMA
.
Bernama
Tue Mar 03 2020
Dr Noor Hisham menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan Pantai dan Bangsar di sini dalam tempoh 10 hari akan datang kerana jangkitan COVID-19. -Foto fail/BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Imigresen tahan 10 warga asing termasuk kanak-kanak mengemis di Bangsar
13 individu diperiksa dalam operasi bermula pada 12.15 tengah hari itu susulan aduan orang ramai berhubung kegiatan mengemis.
Ras Adiba tumpu usaha cari Zalina Azman di Bangsar
Ras Adiba berkata ini kerana kawasan berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada mereka berdua .
Polis nafi dakwaan paksa pasangan kekasih tarik balik laporan disamun
Polis menafikan bahawa pihaknya telah memaksa sepasang kekasih yang mendakwa disamun di Bangsar menarik semula laporan seperti yang tular melalui satu ciapan di laman Twitter hari ini.
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
Jalan Maarof ditutup pagi Ahad untuk kerja tampalan - DBKL
Jalan Maarof telah ditutup secara keseluruhan kepada lalu lintas sehingga jam 5 pagi Ahad untuk membolehkan kerja-kerja tampalan sementara jalan yang rosak dilaksanakan.
Hujan lebat, tanah mendap di Jalan Maarof
Kejadian hujan lebat serta ribut petir sejak petang Sabtu mengakibatkan kerosakan teruk di Jalan Maarof, Bangsar malam tadi.
Kes bunuh Bangsar: Pegawai polis tular di lokasi kejadian tidak bertugas
Pegawai penyiasat jenayah Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuala Selangor itu mengaku berada di lokasi kejadian, namun dia tidak membawa sebarang senjata api bersamanya.
Sebuah rumah teres di Bangsar hampir hangus dalam kebakaran
Kebakaran dapat dikawal pada jam 9:50 malam dan padam sepenuhnya pada jam 10:20 malam.
Penularan wabak COVID-19 di Bangsar? Ini yang perlu anda tahu
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah menjelaskan, siasatan akan dijalankan berhubung perkara itu.
Tiga lagi termasuk suspek tetak pesara Mardi di Bangsar diberkas
Salah seorang suspek dipercayai adalah individu yang bertindak menetak mangsa Dr Wan Hassan hingga maut.