MALAYSIA
COVID-19: Kluster komuniti atasi kluster tempat kerja - Dr Noor Hisham

Sebanyak 30 kluster baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan kluster komuniti mengatasi kluster tempat kerja. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 kluster baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan kluster komuniti mengatasi kluster tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya mengenai perkembangan COVID-19 hari ini berkata daripada jumlah kluster baharu itu, 16 merupakan kluster komuniti manakala lapan lagi kluster tempat kerja.
"Turut dicatatkan empat kluster kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu kluster keagamaan serta pendidikan tinggi," katanya.
COVID-19: Kes harian melonjak 15,573 kes, Selangor catat kes lebih 7,000 kes
BACA: Kelantan menjadi negeri yang mencatatkan kluster komuniti tertinggi iaitu sebanyak enam kluster.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami