awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes harian melonjak 15,573 kes, Selangor catat kes lebih 7,000 kes

Fareez Azman
Fareez Azman
23/07/2021
08:17 MYT
COVID-19: Kes harian melonjak 15,573 kes, Selangor catat kes lebih 7,000 kes
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes harian COVID-19 meningkat kepada 15,573 kes hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat mengesahkan kes harian dalam tempoh 24 jam lalu adalah sebanyak 15,573 kes, menjadikan kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 980,491 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negara iaitu sebanyak 7,672 kes bersamaan 351,618 kes kumulatif.
Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mencatatkan peningkatan kes iaitu 2,063 kes, diikuti Kedah (937), Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530).
Diikuti Negeri Sabah 516 kes, Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452), Perak (415) dan Kelantan (372).
Manakala negeri yang mencatatkan dibawah 300 kes iaitu Terengganu 229 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (41), Wilayah Persekutuan Labuan (21) dan Perlis tiga kes.
Dalam pada itu, menurut Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 10,094 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 825,387 kes.
Manakala sebanyak 30 kluster baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif meningkat kepada 958 kluster.
Daripada jumlah kes harian, hanya 44 kes import manakala 15,541 kes adalah jangkitan tempatan.
Dalam pada itu, sebanyak 144 kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 7,718 kes bersamaan 0.79 peratus.
Kes memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) jelasnya sebanyak 939 kes, manakala 456 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga 23 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,573 kes (980,491 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 7,672 (351,618) WPKL - 2,063 (105,600) Johor - 722 (82,504) Sabah - 516 (77,940) Sarawak - 461 (73,318) Negeri Sembilan - 682 (65,477) pic.twitter.com/irQMGnKWjT
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 23, 2021
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kuala Lumpur
#KKM
#Kedah
#Pahang
#Putrajaya
#Negeri Sembilan
#Perlis
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#Malaysia
#pandemik
#terengganu
#Sabah
#Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan