awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru ditutup sementara

Bernama
Bernama
31/03/2021
23:59 MYT
COVID-19: Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru ditutup sementara
KJRI Johor Bahru akan melakukan penjadualan semula bagi mereka yang telah melakukan pendaftaran SPLP dan memaklumkan pertukaran jadual baharu kepada pemohon. - Foto bernama.com
JOHOR BAHRU: Pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru di sini, ditutup sementara bermula Ahad lalu hingga 9 April ini berikutan terdapat kes positif COVID-19 dikesan di premis berkenaan.
Penutupan itu dimaklumkan KJRI menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Instagram rasminya semalam.
Menurut kenyataan itu, susulan penutupan tersebut, semua urusan kaunter ditangguhkan dalam usaha mencegah penularan baharu.
Penangguhan itu termasuk urusan berkaitan pasport, Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) dan lain-lain dokumen konsulat.
"Bagaimanapun, KJRI Johor Bahru tetap membantu warga Indonesia (WNI) yang memiliki keperluan mendesak seperti pengurusan surat kematian, sakit dan dalam keadaan darurat lain."
Kenyataan itu juga memaklumkan KJRI Johor Bahru akan melakukan penjadualan semula bagi mereka yang telah melakukan pendaftaran SPLP dan memaklumkan pertukaran jadual baharu kepada pemohon melalui khidmat mesej pesanan ringkas (SMS), telefon, e-mel atau di media sosial rasminya.
"Untuk keperluan ini, mohon hubungi hotline perlindungan WNI melalui nombor Whatsapp +6016-7700378," jelas kenyataan berkenaan.
View this post on Instagram
A post shared by KJRI Johor Bahru (@indonesiainjb)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Konsulat Jeneral Republik Indonesia
#KJRI
#Johor Bahru
#urusan kaunter
#tangguh
#tutup
#COVID-19
#media sosial
#kes positif
#WhatsApp
#Instagram
#pasport
#pertukaran jadual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan