Satu lagi kluster baharu dikesan di Tawau dikenali sebagai Kluster Udin, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, kluster indeks melibatkan seorang wanita tempatan berusia 72 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 12 September lalu.
"Kes indeks dikesan positif COVID-19 hasil saringan warga emas yang dijalankan di Klinik Kesihatan Merotai, Tawau pada 12 September.
"Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua lagi dikesan positif COVID-19 pada 22 September. Kedua-dua kes positif ini melibatkan warga Filipina. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Katanya, sehingga jam 12 tengah hari Rabu, seramai 128 individu telah disaring dengan tiga dikesan positif, negatif (71) dan masih menunggu keputusan (54).
Dr Noor Hisham berkata, punca jangkitan masih dalam siasatan dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah pencegahan jangkitan termasuk melakukan proses nyah kuman serta pembersihan di lokasi terlibat.
Fareez Azman
Wed Sep 23 2020

Dr Noor Hisham memaklumkan perkembangan itu dalam kenyataan media pada Rabu. Gambar fail

AWANI Ringkas: Operasi premis jual makanan dilanjut ke 10 malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: PKP di tujuh negeri dilanjutkan sehingga 4 Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Talaud, Indonesia
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar Kepulauan Talaud, Indonesia pada 8.23 malam waktu Malaysia, hari ini.

Mustapa Mohamed sembuh COVID-19, dibenar keluar hospital
Selepas 12 hari menerima rawatan akibat jangkitan COVID-19, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini dibenarkan keluar hospital selepas disahkan sembuh COVID-19

Pusat Penilaian COVID-19 selaras hospital awam, swasta dijangka mula operasi minggu depan
Pusat penilaian COVID-19 dijangka memulakan operasi minggu depan untuk menyelaras serta mengintegrasi hospital awam dan swasta dalam menguruskan kes pandemik berbahaya itu di negara ini.

Azwan Ali under probe for allegedly mocking emergency proclamation - Bukit Aman
Police are investigating a video clip of famous personality Azwan Ali allegedly mocking the Proclamation of Emergency by the Yang di-Pertuan Agong.

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri pesakit COVID-19 ditahan
Empat beradik yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang dikhuatiri positif COVID-19 dari Hospital Lahad Datu ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Panji di sini, malam tadi.
![[INFOGRAFIK] Kesan pandemik terhadap pekerjaan [INFOGRAFIK] Kesan pandemik terhadap pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/30239506501611236928888/1886678_8967789641611237345186_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kesan pandemik terhadap pekerjaan
Berikut merupakan infografik kesan pandemik terhadap pekerjaan di Malaysia dan peringkat global
![[INFOGRAFIK] Fakta ringkas Presiden baharu Amerika Syarikat [INFOGRAFIK] Fakta ringkas Presiden baharu Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/30239506501611236928896/1886677_8967789641611237283340_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Fakta ringkas Presiden baharu Amerika Syarikat
Tak kenal maka tak cinta! Ini fakta ringkas mengenai Presiden Amerika Syarikat ke-46, Joe Biden
![[INFOGRAFIK] Penjualan kenderaan 2019/2020 [INFOGRAFIK] Penjualan kenderaan 2019/2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/30239506501611236928892/1886676_8967789641611241736532_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Penjualan kenderaan 2019/2020

Mustapa Mohamed sembuh COVID-19, dibenar keluar hospital
Selepas 12 hari menerima rawatan akibat jangkitan COVID-19, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini dibenarkan keluar hospital selepas disahkan sembuh COVID-19

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri pesakit COVID-19 ditahan
Empat beradik yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang dikhuatiri positif COVID-19 dari Hospital Lahad Datu ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Panji di sini, malam tadi.

Miss Universe Malaysia dedah dijangkiti COVID-19 awal Januari lalu
Beliau memohon maaf kerana tidak memaklumkan perkara ini secara umum kerana mahu ia ditangani secara profesional.

Keperluan lanjutkan BKSS akan ditentukan sebuah jawatankuasa - Abang Johari
Keperluan untuk melanjutkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 akan dipantau sebuah jawatankuasa sekiranya penularan COVID-19 masih berlarutan di Sarawak.

Dana Khas COVID-19 ASEAN perlu dipercepatkan bantu negara anggota - Hishamuddin
Malaysia mengambil pendirian bersama Brunei mendesak agar Dana Khas COVID-19 ASEAN dapat dipercepatkan sesegera mungkin.

Malaysia ada formula tepat bagi pemulihan - Tengku Zafrul
Malaysia mempunyai formula yang tepat untuk meletakkan negara ini pada landasan pemulihan, baik dari segi kesihatan awam mahupun ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Penjaja, pengusaha kantin antara kumpulan pertama terima pakej bantuan rakyat - Chow
Kerajaan negeri telah mengenal pasti lima kumpulan sasaran pertama bagi menerima pakej bantuan rakyat Pulau Pinang bernilai RM20 juta.

Kerja, belajar dari rumah: Aktiviti politik masih perlu bersemuka?
TATKALA ramai yang bekerja dari rumah, belajar dari rumah, timbul persoalan berkenaan aktiviti politik - masih terikat cara tradisional, perlu bersemuka.

PKPD di Asrama Westlite, Johor Bahru tamat esok -Ismail Sabri
Meskipun ditamatkan, lokaliti ini masih lagi tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negeri Johor.

COVID-19: 12 kes kematian dan 3,170 kes baharu - Dr Noor Hisham
3,170 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 172,549.